Wednesday, April 27, 2011

Sweet Remedy (vii)

Sekali lagi tisu muka dibawa ke dahi. Melap peluh yang makin laju je menurun ni. Panasnya. Dewan ni tak de aircond. Kipas pon ala kadar je. Dengan baju yang dibuat dari entah apa jenis fabrik ni.. Rasa macam boleh ganti aluminium coil buat bakar ikan je. Nasib baik la lawa... Arghh!!! Tak tahan!!

"Izzati.." Balqis mencuit Izzati di sebelah.
"Ya?" Lebih kurang je Izzati ni. Lap peluh.. Habis cair make up.. huhu... Tangan Izzati entah memegang buku apa.
"Jom jalan-jalan.. Panas la sini.. Team kita lambat lagi kan?"
"Urm.. Tak nak dengar yang lain?" Izzati menjuih bibir ke arah stage. Sekolah mana tah tengah menyanyi. Lelaki semua. RMC kot.. Balqis menggeleng, "Tak.. Jom?"

Izzati mengangguk. Kedua mereka kini dah bangun.

***********************************************

"Loqman!!"
Loqman berpaling ke arah Umar yang tengah pegang set alat lukisan di tangan kanan.
"Good luck.."
Loqman senyum..
"Kau pun.. "
Kaki Loqman melangkah ke dalam bilik pertandingan..

Bismillah....

************************************************

Keypad Expree Music dipicit lagi. Mana la pulak Haziq Si Intan Payung ni.. Dan tiba-tiba lengan bajunya ditarik Izzati.
"Jom masuk sini"

Bilik itu hampir penuh. Tak banyak bunyi bilik ni.. Senyap je.. Pertandingan apa ni?  Para peserta dari segenap daerah tengah duduk di atas kerusi berhadapan meja yang terbentang kertas putih dan pelbagai macam alat tulis itu.

Poster.

"Ingat apa.. Kita datang lepas diorang siap la..Jom?"
Izzati menarik lagi tangan Balqis.

************************************************

Balqis dan Izzati duduk di atas kerusi kosong di dalam bilik yang 3/4 penuh itu. Pertandingan tilawah ek.. Hm.. Kenal Izzati 2 minggu.. Tak hairan la.. Tapi.. Haziq mana? On the way dari tadi.. Sesat highway ke? Ke tengok broadway? Ah.. Ngarot!!

"Qis, nak start tu.."
Pandangan Balqis teralih ke dpan. Stage mini yang dihias ringkas tapi cantik itu dilihat. Ada rehal yang juga dihias.. Rehal ke? Ke meja..? Adui.. Layan jer la..

"Peserta seterusnya..Loqman Adam Zheriff dari SM Sains Selangor.. Akan membacakan surah Yusuf ayat 22 hingga 29"
Seorang peserta lelaki berbaju Melayu biru muda bersampin dan bersongkok naik ke pantas. Balqis melihat Jejaka tadi...Eh.. Itu macam....

Mamat skema!!!!

***********************************************

"Bapak sedap la tadi.." Izzati tak habis-habis memuji . Tapi aku akui. Even tak layan sangat mengaji ni.Mamat skema tadi memang sedap la bacaan dia.. Feeling habis..
"Dia faham maksud kot.."Adui che Izzati. Udah-udah le.. kaki laju melangkah arah dewan besar tempat pertandingan nasyid tadi. Lagu Intifada yang di acapellakan oleh sekolah mana tah bergema di seluruh dewan.

"Izzati! Balqis! Korang pergi mana ha?" Ezah menegur.
"Er... He..." senyum.
"Kita punya turn lagi dua team tau tak..?"
"Maaf.." serentak Izzati dan Balqis.

Tawa pecah.. Ezah dah rasa nak meletup. Sabar weyh!!

*************************************************

Mata Loqman dilemparkan pada Umar yang asyik mewarna di atas kertas. Dari situ, tak pasti la pulak apa yang dilukisnya. Macam orang.. Hm.. Bosan la pulak.Alhamdulillah.. Dah lepas..Harap tak banayak salah tadi. Semalam oke je.. Dan tak rasa nak duduk bilik tilawah tu lama-lama. Bukan tak suka dengar orang mengaji.Tapi.. Takut? takut orang lain lagi hebat? Hm.. Ye la kot...

Kaki Loqman melangkah keluar dari bilik yang dipenuhi ahli seni lukis itu. Jam dilihat. Dhuha pun macam oke je.. Lalu langkah diatur ke surau.

Namun langkah terhenti di dewan. Sekumpulan peserta perempuan berbaju kurung ungu pink violet berkilat mendaki tangga menaiki pentas. Tak tau kenapa.. Muqadimah si gadis solo ringkas. Percussion di belakang dah masuk que. Tanpa sedar, Loqman dah duduk di atas kerusi di tepi dewan tu. Dan si gadis-gadis di atas pentas mula menyanyi..

Akhlak terulung.. Akhlak Nabi...
Pedoman hidup.. Insan insani..
Contoh terpuji.. Disanjung tinggi..
Mulia ummah berbudi pekerti..

Sweet!! Harmoni!! Best!! Entah apa lagi nak kata.. Tak pernah dengar.. Buat sendiri ke? Loqman senyum seorang.  Dan si gadis bertudung  ungu mara ke hadapan.. Solo..

Minda hadhari insan bestari,
Akhlak terpuji disanjung tinggi,
Rakyat berilmu hidup berpadu,
Mari bersama dipelihara,
Semua akhlak rasul dan anbiya..

Mai ai.. Suara... Sedapnya.. Macam Siti Nurhaliza pun ada.. He.. Bila la kau layan Siti pulak ni... Loqman memandang wajah si gadis solo.. macam pernah nampak... Dan chorus menyambut si solo..


Akhlak terulung.. Akhlak Nabi...
Pedoman hidup.. Insan insani..
Contoh terpuji.. Disanjung tinggi..
Mulia ummah berbudi pekerti..

Hm.. Nampak kat mana ya.... Si gadis menyambung solo.. 

Mari bersama putri san putra,
Usah dihirau godaan dunia,
Teguhkan iman pada Yang Esa,
Agar hidup akan bahagia..

Hirau godaan.. Bukan senang macam hirau lembu tepi jalan.. Itupun ada jugak yang pandang tu.. Tapi kalau dah macam tu.. Hm.. memang kena cari kekuatan la... Loqman teringat sesuatu... Dia ni!!!! 
Dan ramai-amai menutup lagu pertama..

Penuhi dada dengan ilmu dan taqwa...

Si gadis McD!!!!! 

Aha... Post ni panjang siket.. He.. Maaf kalau tak suka...

tribute - Team nasyid sekolah SMKSB!!
        - Norfatin Sazwani yang dah mengedah 
          rumah nak mencari lirik kat atas... 
          he..Thanks!!! A lot!! 

Harap jangan dicopy la lirik di atas... He.. 


- Nasyid Smksb 2011.. Naib johan.. Tahniah!! 
- sumber - Sheena Hasyim (Uszth Syam)

Hanya berkongsi!!! he..

No comments:

Post a Comment