Pap!
Belakang Loqman ditepuk kuat dengan pembaris kayu oleh Cikgu Molin.
"Loqman! Awak buat apa semalam? Sampai tertidur dalam kelas saya!" manis suara Cikgu Molin biarpun tengah 'berangin'. Ni kalau call hot.fm mesti dah dapat title hangat ni!
"Er.. Sorry cikgu.." Loqman memohon maaf dengan suara yang separuh bergetar. Mamai lagi.
Pap! Lagi sekali belakangnya bertemu si pembaris.
"Sorry? em.. Afiq! Tengok kamus dewan bahasa edisi ke 4 kamu tu.. Apa maksud sorry? Saya tak paham la.."
"Eh, maaf cikgu.. Hehe.. " Adui.. Itupun nak berkira ke... Aduyai.. Tangan Loqman cuba mencapai belakangnya yang pedih tu.
"Ni kelas bahasa melayu ya. Kalau kawan saya dekat Klang, saya dah dapat 10sen untuk satu kata bahasa lain tau.." Cikgu berlalu ke hadapan kelas semula.Nasib baik.. Loqman menekan pelipis dengan tangan kanan.
Paan di sebelah menutupmulut menahan ketawa. Hampeh punya kawan. Bukan nak kejut. Adui.. Sakitnya...
***************************************************
Sandle hitam putih disarung laju. Loudspeaker express music masih lagi memainkan lagu Shock - beast di tangan kanan. Baik cepat! Dah lambat da ni..
"Qis, nak pergi mana? Makan dah?" soal ibunya yang masih bertelekung dari belakang.
"Sekolah" Sepatah Balqis menjawab. Sibuk ja..
"Solat da?"
Senyap. Hanya bunyi kaki bertemu sandle di tanah. Beg yang bersandar di tepi pintu diambil.
"Pergi dulu." Tanpa memandang ibunya. Balqis berjalan ke pagar. Sikit-sikit solat. Hmph! Tension! Earphone diambil dari kocek tepi beg. Lalu dicucuk pada Express Musicnya.
Dan Balqis terus berjalan meninggalkan ibunya yang sayu melihat.. Balqis...
*****************************************************
"Kau asal? Mamai semacam je harini.." Soal Umar sambil membetulkan songkok di kepala.
"Dia qiam pagi tadi." Paan yang menjawab.
"Huh?! Mana kau tau?" Loqman sedikit terkejut. Si Paan ni dah la duduk blok lain. Ada DNA Xavier ke mamat ni? Bahaya..
"Aku lalu dorm kau pagi tadi. Nampak ada orang solat. Sekali tengok tau dah tu kau." kata Paan selamba.
Mereka bertiga berjalan ke arah pagar sekolah bersama pelajar lelaki yang lain. Hari jumaat. Kena pergi masjid seberang jalan tu nak solat jumaat.
"Ko tau, aku mati-mati ingat hari ni sabtu. Tu yang dok qiam tu.. He.." Tersenyum sendiri. Tapi...
"Apa kau buat kat blok aku pagi-pagi buta?" musykil jugak..
"He.." Paan mengukir senyum penuh misteri.
"Kau ada dengar tak ada seniour jadi hulk pagi tadi?" soal Paan.
"Ada.. Ada orang letak Colgate kat tuut dia an?" Umar menjawab. Panik jugak dia dengar tiba-tiba ada orang menjerit time tengah mandi tadi. Ingat pontianak versi laki.. Huhu..
Paan terus mengukir senyum kerang tamat tempohnya itu. Langkah Umar dan Loqman terhenti.
"Kau??!!" serentak Loqman dan Umar.
Dan Paan meninggalkan mereka berdua di belakang dengan senyum puas.
********************************************************
Langkah Balqis makin menghampiri surau sekolah. Jam di tangan dilihat sekilas. Justin Bieber yang menyanyi lagu Baby di telinga berhenti separuh bila Balqis menekan punat stop di handphone nya itu. Earphone dicabut dari telinga lalu disumbat ke dalam kocek tadi. Tiba-tiba terdengar alunan musik yang datang dari surau. Dah mula ke? Jam dilihat lagi sekali. 2.03 p.m.. Langkah makin melaju menghampiri surau. Irama yang tadi sayup-sayup kini jelas kedengaran. Dengan getaran rebana dan percussions yang harmoni dengan suara merdu.
Langkah terhenti di hadapan pintu..
Lagu ni......
NI LA PERCUSSION YANG ACAP KALI JUMPA PABILA ADA PERTANDINGAN NASYID DAN YANG SEWAKTU.. HUHU..
post ni untuk diri yang kalah lagi... Hm... Bong..!!!

No comments:
Post a Comment