Sungguh... Macam tak percaye je dah masuk minggu ke 4 kat CFS IIUM nieyh... Lecture dah mula.. Dan setakat ni Alhamdulillah so far so good jer.. Xcept Graphic Communication 1 yang buat students AED cam aku sakit pale bile pkir pasal tu.. He.. Tapi an..
At the same time...Naluri lelaki aku kini aktif kembali.. Gila punya ayat.. Tapi tu hakikat.. 2 tahun kat boys school dan kini ada kat tempat di mana warna pelangi lengkap kembali... Rasa macam ada Katrina dekat left atrium... Huh?! Haha.. Well.. Mungkin apa yng tertulis kat bawah ni macam melampau.. Tapi tu hakikat... Bukan hanya aku.. Tetapi hampir semua remaja tak kisah laki or perempuan...
Dan dengarlah kini... Sebuah bicara hati...
Aku sedang berjalan menuju ke studio yang bagiku sederhana namun cukup selesa sekali untuk belajar di sana... T2 dan art pad size A3 di tangan kananku sememangnya mmemberi identiti kepadaku bahawa aku budak AED... Sekilas ku pandang jam di tangan.. Sepuluh minit lagi.. BAM!!!
Oh!!! What have you done..????
"Sorry sangat sangat!!" Kataku dengan sedikit gelabah. Kelihatan buku tebal 2 inci dan kertas A4 bertulis yang lain bertaburan di lantai.Aku tunduk untuk bersama mengutipnya. "Tak pe.. " Itu saja yang hanya dapat aku dengar dari gadis beertudung biru muda itu..
Chemistry.... Aku hulurkan buku itu kepadanya..Sekilas aku mlihat wajahnya yang putih bersih itu.. Subhanallah.. Cantiknya... Dia cuma tersenyum.. Buku dan kertas tadi bertukar tangan..
"Maaf.." Kataku sekali lagi..
"Takpe.. Saya pun tak tengok jalan tadi.." bangun. Pelajar lain yang lalu lalang di Laluan Siswa itu seolah tak mahu campur tangan dengan kemalangan tadi.. Alah.. Kecil je..
Dia sekali lagi menghadiahkan senyuman lalu berjalan pergi ke arah yang bertentngan dari ku... Mataku seolah tak mahu meninggalkan kelibat tubuhnya... Siapa kamu..??
******************************************
Hati 1 : Cantik kan dia....?
Hati 2 : Sangat cantik...
Hati 1 : Kau fikir peribadinya juga cantik?
Hati 2 : InsyaAllah.. Husnuszhon.....
Hati 1 : Hah! Jadi, apa yang kau tunggu lagi..?? Pergi lah
menyunting dia.. Buatkan dia pacar mu... Boleh ada teman
bicara.. Lain jantina... Hah!
Hati 2 : Pacar? Apa kau sudah gila? Mana mungkin aku berpacarn
di waktu begini.. Aku mahu belajar dahulu..
Hati 1 : Aduh.. Bukan kau tidak boleh belajar kalau berpacaran...
Hati 2 : Iya.. Tapi ia pasti menganggu.. Aku kenal diriku.. Dan
aku tak mahu merisikokan masa depanku dan juga dia...
Hati 1 : Bagaimana jika dia diambil orang? Pasti kau akan sedih
nanti!! Melepas kau.. Baru padan muka kau...
Hati 2 : Jika dia benar juga suka sama aku.. Dia pasti menunggu
aku.. Kalau jodoh tak ke mana..
Hati 1 : Ia.. Tapi usaha perlu ada!!! Ngorat dia!!
Hati 2 : Benar... Tapi bukan sekarang.. Mana kau pasti rasa yang
dirasakan ialah cinta..? Mungkin ia cuma rasa tertarik
dari lelaki kepada perempuan..
Hati 1 : Couple la dengan dia.. Baru tahu.....
Hati 2 : Isy... Couple tu kan haram.. Lagipun... Ah.. Rasa tk
perlu aku ulang perkara ini...
Hati 1 : Haha.. Kau hampir tewas.. Katakan la padanya kau suka
sama dia..
Hati 2 : Ini bukan masanya untuk bercinta.. Ya.. Aku tak nafikan
aku rasa suka sama dia.. Tapi percayalah wahai
sahabatku... Kalau dia yang diciptakan untukku.. Pasti
kan bertemu juga.. Andai dia couple sama lelaki lain..
Bererti dia mendapat yang lebih baik dariku dan aku juga
InsyaAllah akan mendapat bidadari yang akan menantiku di
syurga kelak.. Tidak ada yang perlu dirisaukan tentang
cinta.. Kerana ia adalah rezki yang telah
ditentukanNya..
Hati 1 : Bukan hari-hari kau berjumpa gadis seperti itu.. Dia
baik.. alim.. dan..
Hati 2 : Maka dengan sebab itu la lagi aku tidak berhak memiliki
dia.. Aku bukan seorang yang baik.. Ya.. Memang aku
mencari pasangan yang baik.. Tapi Allah SWT sudah
berfirman dalam surah AnNur ayat 26.. Perempuan yang
baik untuk lelaki yang baik.. Dan aku belum cukup baik
untuknya..
Hati 1 : Mengarut!!
Hati 2 : Bialah apa yang kau kata.. Aku akan pasikan jasad ini
teguh di dalam jalan cinta sejati ini.. Aku ingin
mencari diri seblum aku boleh menjaga orang lain.. Dan
membawa cinta ke jalan yang halal... Hati 1, tetapkan
lah niat study di sini untuk belajar.. KeranaNya... Ya?
Usah difikir soal dia.. Yang Maha Pengatur sudah
aturkan segalanya..
Hati 1 : Nampaknya kau begitu teguh..
Hati 2 : Aku doakan terus teguh begini... InsyaAllah....
*****************************************
Event kat atas tak berlaku di dunia realiti ya.. Bukan pada saya.. Tu cuma klise pertemuan yang saya ceduk.. Tapi bicara hati itu memang berlaku.. Kan? Dalam diri kamu juga.. He.. Fikirkan la yang terbaik.. Tak perlu ikut rasa semata.. Cinta itu anugerah.. Dan akal perlu diiringi dalam cinta..
He.. Bersbarla.. Mungkin kita pedih bila tengok orang couple sini sana dan kita single.. Mungkin kita sakit bila nak alihkan pandangan dari si dia yang cantik.. Tapi percaya lah...
Cinta itu ada untuk anda.. Buat masa ni, belajarlah... Demi masa depn cintamu jua... Dan carilah cinta SI DIA PEMILIK SEGALA CINTA.. Moga cinta yang hakiki itu membawa cinta kita sampai ke syurga.. InsyaAllah....
Saya cuma berkongsi....
*Post peringatan untuk saya juga...
sukaaa sangattt.
ReplyDeletemore than words could tell :DD