Monday, April 25, 2011

Sweet Remedy (vi)

Rambut hitam panjang ke bahu dilurut dengan jari.Balqis melihat dirinya yang tersenyum kembali di dalam cermin. Girlfriend - Avril Lavinge tengah mencapai chorus di luar tandas perempuan Mid Valley Megamall tu. Tak tau kedai mana yang mainkan.
 Sekali lagi Balqis memeriksa dirinya. Cun lah! hehe.. Masuk bakul angkat sendiri betul. Beg sandang yang berisi uniform sekolah di tepi cermin dicapai. 

Nak dating!

*****************************************************

Lengan Haziq dipeluk manja. Rindunya la dekat Haziq.Dengan colongenya.Dengan rambut cacak ala-ala rumput Afrika. Ni kalau kuda belang nak menyorok dari singa pon lepas. Balqis senyum sendiri. 

"Uit. Gila ka senyum sesorang?" Haziq mencuit hidung Balqis.
"Uisy.. Siapa gila?" Balqis mencebek lalu menyandar semula.

Senyap seketika. Kedua pasang kaki terus melangkah tanpa arah tuju. Cerita horror lagi setengah jam. Nak makan, awal lagi. Tawaf mall ni pon macam oke je kalau dengan Haziq.

"Awak. Takpe ke kalau skip sekolah harini?" tanya Haziq.
"Takpe. Lagipun harini takde training. Rest untuk esok.." demi Haziq, lautan api pun sanggup redah.. Chee.. Banyak sangat novel ko baca ni Balqis..

Um.. Pejam celik pejam celik.. Macam baru tadi je Ustazah Mas buat kerja gila 'pinang' aku masuk team nasyid sekolah.
Dan tak tau kenapa dia jugak rasa nak cuba benda tu. walau mulanya dia menolak. Team mates pulak. Oke je nak dibuat kawan walau sorang dua je yang layan American Idol. Izzati la yang paling rapat dengan dia sepanjang latihan nasyid ni. Walau jumpe pun waktu latihan je. 

Dan esok pertandingan nasyid dan entah spesies pertandingan apa tah lagi. 

"Awak.." Manja Balqis memanggil.
"Ya?" Haziq membuka tangannya lalu memeluk Balqis di sisinya. Tanduk dah mula nak tumbuh. Sabar Haziq.. Sabar..
"Esok awak datang kan?" Haziq mengukir senyum.
"Mestilah.."

Dan Balqis terasa dah temui kekuatan dengan Haziq di sisi.

**********************************************

Asma Allah - Sami Yusuf mendodoi dari earphone di kedua telinga Loqman. Sayunya lah lagu ni.Dinginnya la malam ni. Tenang pun tenang.Tapi kenapa la susah pulak nak tidur ni. Tangan kanan dibawa ke dada kiri. Berdebar sungguh kau ni Loq.. Pasal esok ke..? Adui.. Siapa tak berdebar wahai enche Loqman..

Mata dibawa ke luar tingkap. Bintang-bintang asyik menari di atas langit. Teringat pulak cerita The Beautiful Mind. Aweknya John Nash suruh John lukis payung dari gugusan bintang tu.  Sweetnya la..  

Teringat jugak kelas PAI pagi tadi. Ustaz ada cakap... 

Dalam surah al-buruj iaitu gugusan bintang ini.. Allah SWT ada menyebut dalam ayat 8. "Dan mereka menyeksa orang mukmin itu hanya kerana (orang mukmin itu) beriman kepada Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji. "  Tengok. Orang Islam dulu punya la susah. Kena siksa kalau nak beribadat. Tapi mereka tak pernah nak melepaskan Islam.

Ustaz sedih dengan majoriti umat Islam harini. Dah dapat kebebasan yang mutlak untuk beribadat dan mengabdikan diri pada Allah. Tapi berapa kerat je yang menghargai Islam? Berapa je yang betul takut dengan Allah SWT?  
Renungkanlah.... 

Dan itu yang duk tengah renung ni. Hehe. Betul tu.. .Jam dilihat di dinding asrama. 12.30 pagi.. Ui.. Cepatnya la masa ni. Dorm mates yang lain dah tidur. Aku? Hm.. Tahla.. Loqman bangun lalu duduk di sisi katil. InsyaAllah esok oke.. Pujuk diri.. Dahtu, siapa nak pujuk pagi-pagi buta camni? earphone ditarik lalu mp3 ditekan butang off. 

Wajah digosok perlahan. Lalu Luqman bengun menuju pintu. Nak solat hajat.

Minta kekuatan dari Yang Maha Besar.


tq pada semua.... hehe.. 

No comments:

Post a Comment