thanks sangat pada korang yang bukak blog ni.. huhu... sweet remedy nanti pakcik update.. bz siket la sekarang... sorry eh..
tapi.. harini pakcik nak share something.. pakcik buat crite ni time tengah sedih.. sumpah... kenapa? hm... takde la mcam cerita ni.. pakcik kan drama king... hehe.. pepehal.. enjoy!!!
************************************
Tak pernah terfikir olehku,
Tak sedikitpun ku bayangkan,
Kau akan pergi,
Tinggalkanku sendiri...
Yassin di tangan ditutup perlahan. Kubur yang masih merah dihadapan ditatap. Mata terasa hangat lagi. Qeela.. Please.. Yang lain dah lama balik lepas pengebumian tadi. Dan Aqeela tiba betul-betul lepas semua mula berangkat pulang. Laju kereta dipandu Aqeela dari UTM tadi ke pekan kecil ni lepas dapat berita dari Meera.
"Qeela..." Sebak Meera menyebut nama sahabatnya itu.
"Kenapa Meera?" Qeela yang baru keluar dari dewan kuliah tadi menjawab dengan buku yang tebal lagi berat di tangan kiri.
"Naqeeb... Naqeeb, Qeela..."
"Kenapa dengan Naqeeb?" Qeela dah mula rasa tak sedap hati.
"Naqeeb dah tak ada.. Accident..."
Dan buku-buku terasa nak jatuh dari tangan.
Begitu sulitku bayangkan,
Begitu sakitku rasakan,
Kau akan pergi,
Tinggalkanku sendiri...
Air mata diseka lagi. Still tak terasa nak balik. Naqeeb... Kenapa..? Cepat sangat.. Rasa macam baru semalam...
Tropicana Twister Orange dihulur di depan muka Naqeeb. Huh?!
"Apa ni..?" soal Naqeeb.
"Aku belanja.. Coz datang visit aku.. " senyum. Botol tadi bertukar tangan.
"How's life...?" botol tadi dibuka.
"Sucks!! Fizik macam tenuk. Sejarah macam cipan. B.I macam cepelai.. " Qeela mengambil duduk di sebelah Naqeeb
"Apa punya personafikasi la ko...."
Dan tawa kesua pecah...
Sekali sekala member lama datang melawat kat sekolah memang best... Tapi sekarang.. Siapa nak visit aku kat UTM tu pulak...? Naqeeb..? Airmata makin laju turun. Siapa aku nak belanja tropicana...?
Di bawah batu nisan kini,
Kau telah sandarkan,
Kasih sayang kamu begitu dalam,
Sungguhku tak sanggup ini terjadi,
Kernaku sangat cinta..
Jari jemari Aqeela megusap batu nisan yang baru di pacakkan. Nama yang terukir di atasnya membuatnya lebih sedih. Pantulan cahaya bracelet berbentuk bintang di tangan menarik perhatian ke situ.. Aquela.. Dan ke masa lalu...
"Happy belated birthday!!" kotak hitam kecil dihulur. Ui... Bila Naqeeb main kasi barang kemas buat hadiah birthday ni..?
"Thanks.. Ingat tak nak bagi." Qeela mengukir senyum. Kotak hitam dibuka. Bracelet silver dibawa keluar. Plate bentuk bintang dilihat.. Aquela.. BFF... Best friend forever... InsyaAllah...
Dan baru teringat.. Tak pernah pun aku bagi dia hadiah... Dan dia tak pernah mintak.. Tak pernah...
Inilah saat terakhirku melihat kamu,
Jatuh airmataku menangis pilu,
Hanya mampu ucapkan,
Selamat jalan kasih..
Yassin tadi dimasuk ke dalam beg. Qeela.. Terasa berat lagi nak tinggalkan.. Kalaula..
"Isy... Kalaula aku tak follow diorang, aku tak jumpa mamat tu lagi..." donut gula dibawa ke bibir. Geram!! Naqeeb ukir senyum.
"Qeela, tak elok la macam tu.."
"Kenapa?" Donut gula digigit lagi.
"Sebab Rasulullah SAW berpesan, sekiranya kita ditimba musibah, janganla kita berkata kalaula aku buat ni, mesti jadi ni.. Tapi kita kena kata itu Qadar Allah dan Dia berhak.."
Qeela tersenyum malu.. Naqeeb ni.. Kalau dah masuk mode Imam Muda.
"Lagipun kau suka dia kan?"Hehe.."
Pap!! Selamat bahu Naqeeb kena lima jari Aqeela.. Imam muda la sangat...
Dan sampai harini aku ingat pesan tu.. InsyaAllah ingat sampai mati.. Thanks..
Satu jam saja ku telah bisa,
Cintai kamu kamu kamu di hatiku,
Namun bagiku melupakanmu,
Butu waktuku seumur hidup.
Memori bukan macam PC.. Boleh delete suka hati.. Tapi kalau boleh, aku tak nak pun.. Biarla dia di hati selamanya.
"Naqeeb... Aku takut la... " phone di telinga dikepit dengan bahu. Tangan sibuk mencari purse di dalam almari.
"Rilex ar.. Interviewer tu tak makan orang la..."
"Aku ketuk kau sampai jadi lempeng kang...." senyum terukir.. Tersasa tenang sedikt... Thanks...
Bila contact Naqeeb.. Rasa macam oke je.. Selesa je dengan dia.. Sekarang ni.. Siapa nak call kalau gabra..? Mintak advice.. Jadi crying shoulder...? Orang lain tak faham aku, Naqeeb...
Satu jam saja ku telah bisa,
Sayangi kamu di hatiku,
Namun bagiku melupakanmu,
Butu waktuku seumur hidup,
Dinantiku....
"Qeela.." Qeela berpaling.. Meera..
"Meera..." Tubuh Qeela dipeluk.. Tak sampai hati nak tinggalkan kawan waktu macam ni..
"Dah la.. Jom...?" Meera cuba memujuk.
"Kejap.." Sekali lagi bibir membaca al-fatihah...
"Qeela, kalau aku dah takde.. Kau camne..?" Soal Naqeeb.
"Aku? Oke je..." Senyum...
"Tau la dah takde 'ehem-ehem'.." cebek manja... Eleh mamat ni, aku cekek kang...
'Oke je?' Oke ke kalau dah asyik nangis je dari tadi? Oke ke kalau memori ni dah macam klasik f.m yang main memori lama dari tadi? Oke ke kalau nak bangun pun tak mampu..?
"Qeela... Jom?" Meera cuba lagi.. Qeela mengangguk. Tikar kecil milik Meera tadi digulung. Air mata diseka lagi dengan belakang tangan.
Inilah saat terakhirku melihat kamu,
jatuh air mataku menangis pilu,
Hanya mampu ucapkan,
Selamat jalan kasih.
Langkah diatur ke arah Myvi. Mira di sebelah cuba memapah Qeela yang sekan hilang kekuatan.
Pap! Selamat bahu Naqeeb jadi mangsa lagi.
"Jangan cakap pasal dia la... " Warning keras..
Pandangan keduanya ke arah budak-budak yang tengah main bola sepak di hadapan.
"If aku takde.. Kau jaga diri.. Jangan sedeh-sedeh... Sebab Dia ada.. Sentiasa ada..." Naqeeb menyambung.
Senyap... Mata Qeela terasa hangat.
Pap! Lagi sekali..
"Jangan cakap macam tu boleh?" Qeela mengetap gigi. Tak suka...
Siapa je suka kawan baik dia pergi? Siapa je suke kalau tempat mengadu dah takde? "Dia ada.. Sentiasa ada..."
Ya Allah.. Berilah aku kekuatan.....
Satu jam saja ku telah bisa,
Sayangi kamu di hatiku,
Namun bagiku melupakanmu,
Butu waktuku seumur hidup,
Pintu kereta ditutup. Pandangan dilontar kembali ke arah kubur Naqeeb yang jelas dilihat dari kereta. Mata yang masih merah diseka lagi..
"Thanks Naqeeb.. For everything...." perlahan Aqeela menuturkan.
Dan Myvi Aqeela bergerak diikuti Saga Meera.. Meninggalkan Naqeeb bersama memori....
Yang kini tinggal memori...
-Aquela-

No comments:
Post a Comment