Wednesday, April 27, 2011

Sweet Remedy (vii)

Sekali lagi tisu muka dibawa ke dahi. Melap peluh yang makin laju je menurun ni. Panasnya. Dewan ni tak de aircond. Kipas pon ala kadar je. Dengan baju yang dibuat dari entah apa jenis fabrik ni.. Rasa macam boleh ganti aluminium coil buat bakar ikan je. Nasib baik la lawa... Arghh!!! Tak tahan!!

"Izzati.." Balqis mencuit Izzati di sebelah.
"Ya?" Lebih kurang je Izzati ni. Lap peluh.. Habis cair make up.. huhu... Tangan Izzati entah memegang buku apa.
"Jom jalan-jalan.. Panas la sini.. Team kita lambat lagi kan?"
"Urm.. Tak nak dengar yang lain?" Izzati menjuih bibir ke arah stage. Sekolah mana tah tengah menyanyi. Lelaki semua. RMC kot.. Balqis menggeleng, "Tak.. Jom?"

Izzati mengangguk. Kedua mereka kini dah bangun.

***********************************************

"Loqman!!"
Loqman berpaling ke arah Umar yang tengah pegang set alat lukisan di tangan kanan.
"Good luck.."
Loqman senyum..
"Kau pun.. "
Kaki Loqman melangkah ke dalam bilik pertandingan..

Bismillah....

************************************************

Keypad Expree Music dipicit lagi. Mana la pulak Haziq Si Intan Payung ni.. Dan tiba-tiba lengan bajunya ditarik Izzati.
"Jom masuk sini"

Bilik itu hampir penuh. Tak banyak bunyi bilik ni.. Senyap je.. Pertandingan apa ni?  Para peserta dari segenap daerah tengah duduk di atas kerusi berhadapan meja yang terbentang kertas putih dan pelbagai macam alat tulis itu.

Poster.

"Ingat apa.. Kita datang lepas diorang siap la..Jom?"
Izzati menarik lagi tangan Balqis.

************************************************

Balqis dan Izzati duduk di atas kerusi kosong di dalam bilik yang 3/4 penuh itu. Pertandingan tilawah ek.. Hm.. Kenal Izzati 2 minggu.. Tak hairan la.. Tapi.. Haziq mana? On the way dari tadi.. Sesat highway ke? Ke tengok broadway? Ah.. Ngarot!!

"Qis, nak start tu.."
Pandangan Balqis teralih ke dpan. Stage mini yang dihias ringkas tapi cantik itu dilihat. Ada rehal yang juga dihias.. Rehal ke? Ke meja..? Adui.. Layan jer la..

"Peserta seterusnya..Loqman Adam Zheriff dari SM Sains Selangor.. Akan membacakan surah Yusuf ayat 22 hingga 29"
Seorang peserta lelaki berbaju Melayu biru muda bersampin dan bersongkok naik ke pantas. Balqis melihat Jejaka tadi...Eh.. Itu macam....

Mamat skema!!!!

***********************************************

"Bapak sedap la tadi.." Izzati tak habis-habis memuji . Tapi aku akui. Even tak layan sangat mengaji ni.Mamat skema tadi memang sedap la bacaan dia.. Feeling habis..
"Dia faham maksud kot.."Adui che Izzati. Udah-udah le.. kaki laju melangkah arah dewan besar tempat pertandingan nasyid tadi. Lagu Intifada yang di acapellakan oleh sekolah mana tah bergema di seluruh dewan.

"Izzati! Balqis! Korang pergi mana ha?" Ezah menegur.
"Er... He..." senyum.
"Kita punya turn lagi dua team tau tak..?"
"Maaf.." serentak Izzati dan Balqis.

Tawa pecah.. Ezah dah rasa nak meletup. Sabar weyh!!

*************************************************

Mata Loqman dilemparkan pada Umar yang asyik mewarna di atas kertas. Dari situ, tak pasti la pulak apa yang dilukisnya. Macam orang.. Hm.. Bosan la pulak.Alhamdulillah.. Dah lepas..Harap tak banayak salah tadi. Semalam oke je.. Dan tak rasa nak duduk bilik tilawah tu lama-lama. Bukan tak suka dengar orang mengaji.Tapi.. Takut? takut orang lain lagi hebat? Hm.. Ye la kot...

Kaki Loqman melangkah keluar dari bilik yang dipenuhi ahli seni lukis itu. Jam dilihat. Dhuha pun macam oke je.. Lalu langkah diatur ke surau.

Namun langkah terhenti di dewan. Sekumpulan peserta perempuan berbaju kurung ungu pink violet berkilat mendaki tangga menaiki pentas. Tak tau kenapa.. Muqadimah si gadis solo ringkas. Percussion di belakang dah masuk que. Tanpa sedar, Loqman dah duduk di atas kerusi di tepi dewan tu. Dan si gadis-gadis di atas pentas mula menyanyi..

Akhlak terulung.. Akhlak Nabi...
Pedoman hidup.. Insan insani..
Contoh terpuji.. Disanjung tinggi..
Mulia ummah berbudi pekerti..

Sweet!! Harmoni!! Best!! Entah apa lagi nak kata.. Tak pernah dengar.. Buat sendiri ke? Loqman senyum seorang.  Dan si gadis bertudung  ungu mara ke hadapan.. Solo..

Minda hadhari insan bestari,
Akhlak terpuji disanjung tinggi,
Rakyat berilmu hidup berpadu,
Mari bersama dipelihara,
Semua akhlak rasul dan anbiya..

Mai ai.. Suara... Sedapnya.. Macam Siti Nurhaliza pun ada.. He.. Bila la kau layan Siti pulak ni... Loqman memandang wajah si gadis solo.. macam pernah nampak... Dan chorus menyambut si solo..


Akhlak terulung.. Akhlak Nabi...
Pedoman hidup.. Insan insani..
Contoh terpuji.. Disanjung tinggi..
Mulia ummah berbudi pekerti..

Hm.. Nampak kat mana ya.... Si gadis menyambung solo.. 

Mari bersama putri san putra,
Usah dihirau godaan dunia,
Teguhkan iman pada Yang Esa,
Agar hidup akan bahagia..

Hirau godaan.. Bukan senang macam hirau lembu tepi jalan.. Itupun ada jugak yang pandang tu.. Tapi kalau dah macam tu.. Hm.. memang kena cari kekuatan la... Loqman teringat sesuatu... Dia ni!!!! 
Dan ramai-amai menutup lagu pertama..

Penuhi dada dengan ilmu dan taqwa...

Si gadis McD!!!!! 

Aha... Post ni panjang siket.. He.. Maaf kalau tak suka...

tribute - Team nasyid sekolah SMKSB!!
        - Norfatin Sazwani yang dah mengedah 
          rumah nak mencari lirik kat atas... 
          he..Thanks!!! A lot!! 

Harap jangan dicopy la lirik di atas... He.. 


- Nasyid Smksb 2011.. Naib johan.. Tahniah!! 
- sumber - Sheena Hasyim (Uszth Syam)

Hanya berkongsi!!! he..

Monday, April 25, 2011

Sweet Remedy (vi)

Rambut hitam panjang ke bahu dilurut dengan jari.Balqis melihat dirinya yang tersenyum kembali di dalam cermin. Girlfriend - Avril Lavinge tengah mencapai chorus di luar tandas perempuan Mid Valley Megamall tu. Tak tau kedai mana yang mainkan.
 Sekali lagi Balqis memeriksa dirinya. Cun lah! hehe.. Masuk bakul angkat sendiri betul. Beg sandang yang berisi uniform sekolah di tepi cermin dicapai. 

Nak dating!

*****************************************************

Lengan Haziq dipeluk manja. Rindunya la dekat Haziq.Dengan colongenya.Dengan rambut cacak ala-ala rumput Afrika. Ni kalau kuda belang nak menyorok dari singa pon lepas. Balqis senyum sendiri. 

"Uit. Gila ka senyum sesorang?" Haziq mencuit hidung Balqis.
"Uisy.. Siapa gila?" Balqis mencebek lalu menyandar semula.

Senyap seketika. Kedua pasang kaki terus melangkah tanpa arah tuju. Cerita horror lagi setengah jam. Nak makan, awal lagi. Tawaf mall ni pon macam oke je kalau dengan Haziq.

"Awak. Takpe ke kalau skip sekolah harini?" tanya Haziq.
"Takpe. Lagipun harini takde training. Rest untuk esok.." demi Haziq, lautan api pun sanggup redah.. Chee.. Banyak sangat novel ko baca ni Balqis..

Um.. Pejam celik pejam celik.. Macam baru tadi je Ustazah Mas buat kerja gila 'pinang' aku masuk team nasyid sekolah.
Dan tak tau kenapa dia jugak rasa nak cuba benda tu. walau mulanya dia menolak. Team mates pulak. Oke je nak dibuat kawan walau sorang dua je yang layan American Idol. Izzati la yang paling rapat dengan dia sepanjang latihan nasyid ni. Walau jumpe pun waktu latihan je. 

Dan esok pertandingan nasyid dan entah spesies pertandingan apa tah lagi. 

"Awak.." Manja Balqis memanggil.
"Ya?" Haziq membuka tangannya lalu memeluk Balqis di sisinya. Tanduk dah mula nak tumbuh. Sabar Haziq.. Sabar..
"Esok awak datang kan?" Haziq mengukir senyum.
"Mestilah.."

Dan Balqis terasa dah temui kekuatan dengan Haziq di sisi.

**********************************************

Asma Allah - Sami Yusuf mendodoi dari earphone di kedua telinga Loqman. Sayunya lah lagu ni.Dinginnya la malam ni. Tenang pun tenang.Tapi kenapa la susah pulak nak tidur ni. Tangan kanan dibawa ke dada kiri. Berdebar sungguh kau ni Loq.. Pasal esok ke..? Adui.. Siapa tak berdebar wahai enche Loqman..

Mata dibawa ke luar tingkap. Bintang-bintang asyik menari di atas langit. Teringat pulak cerita The Beautiful Mind. Aweknya John Nash suruh John lukis payung dari gugusan bintang tu.  Sweetnya la..  

Teringat jugak kelas PAI pagi tadi. Ustaz ada cakap... 

Dalam surah al-buruj iaitu gugusan bintang ini.. Allah SWT ada menyebut dalam ayat 8. "Dan mereka menyeksa orang mukmin itu hanya kerana (orang mukmin itu) beriman kepada Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji. "  Tengok. Orang Islam dulu punya la susah. Kena siksa kalau nak beribadat. Tapi mereka tak pernah nak melepaskan Islam.

Ustaz sedih dengan majoriti umat Islam harini. Dah dapat kebebasan yang mutlak untuk beribadat dan mengabdikan diri pada Allah. Tapi berapa kerat je yang menghargai Islam? Berapa je yang betul takut dengan Allah SWT?  
Renungkanlah.... 

Dan itu yang duk tengah renung ni. Hehe. Betul tu.. .Jam dilihat di dinding asrama. 12.30 pagi.. Ui.. Cepatnya la masa ni. Dorm mates yang lain dah tidur. Aku? Hm.. Tahla.. Loqman bangun lalu duduk di sisi katil. InsyaAllah esok oke.. Pujuk diri.. Dahtu, siapa nak pujuk pagi-pagi buta camni? earphone ditarik lalu mp3 ditekan butang off. 

Wajah digosok perlahan. Lalu Luqman bengun menuju pintu. Nak solat hajat.

Minta kekuatan dari Yang Maha Besar.


tq pada semua.... hehe.. 

Thursday, April 21, 2011

Sweet Remedy (v)

Irama bagai bulan dipagar bintang nyanyian P.Ramlee dan Saloma mendayu-dayu dari Tv LCD 42 inci kantinnya itu. Iekin yang asyik menonton Pendekar Bujang Lapok itu akhirnya memandang Loqman yang menulis sesuatu di atas buku nota sejarahnya itu. Kantin tidak sesak hari itu. Syukurlah. Ada tempat study. Kelas? Hm.. Sekali sekala nak jugak tukar angin.

"Iekin." Loqman memanggil. Menarik Iekin dari lamunan. 
"Huh?! Em.. Apa?" 
"Takdela... Awak menung jauh la.. Sampai Kelantan dah?" senyum.
"Uisy..Takla.." tawa Iekin pecah. Ada ke sampai Kelantan.
Cermin mata yang makin jatuh ditolak dengan jari. 

"Loq.." 
"Em?" Mata Loqman kembali melihat nota sejarah. 
"Pertandingan tu bila?" soal Iekin. 
Loqman mengangkat wajah. "Lusa.. Kenapa?" 
"Dah ready?" soal Iekin takut-takut.
Loqman mengukir senyum. Pen biru Faber Castell diletak di atas buku. 
"insyaaAllah.. Awak doakan ya?"tangan mencapai milo ais yang tinggal separuh itu. Iekin turur mengukir senyum.
"Mestilah... Good luck!" mereka berdua tersnyum. 

"Wei, Loq!!" Suara Paan memanggil dari pintu kantin. Dua kepala tadi berpaling. 
Paan datang ke arah mereka dengan beg gitar yang disandang. Diikut Umar di belakang dengan beg bimbit kain berformat beg Lukisan Kejuruteraan budak teknik je.. Bila pulak sekolah ni offer Lk? 

"Kau tak practice tilawah hari ni?"  soal Paan lalu duduk di sebelah Loqman dengan tersenyum.
"Lepas Asar.. Yang korang ni gaya macam nak pergi pasar seni ni apa kes?" 
"Aku nak pergi jamming. Si Umar ni, Ustazah Ton suruh dia masuk lukis poster. Last minit kot.." 
"Nasib baik le aku reti sikit bab lukis-lukis ni.." Umar tersenyum bangga. Betol.. Pernah sekali Loqman ni tengok si Umar ni lukis Tiz Zaqiah.. Gila sebijik... 
Loqman mengangguk. Iekin pula senyap. Matanya mengalih ke arah P.Ramlee yang tengah berlatih silat dengan Pendekar Mustar.

"Kau buang surat tu kenapa?" Perlahan paan bernada.
Iekin memandang semula ke arah Loqman dan Paan. Surat?
"Surat apa?" Loqman melihat kembali nota Mesopotamianya. 
"Sudah gaharu.. cendana pula.." bernada.
"Dah la.. Aku malas nak pikir.." Masih kepada tamadun yang dah pupus tu. Paan memandang Loqman dan Iekin silih berganti.
"Korang...?" Paan merapatkan dua jari telunjuknya. Universal sign untuk couple. Mata Iekin terbeliak.
"Uisy.. Mana ada.." Loqman menafikan.Sungguh.. Dia dan Iekin cuma kawan. 
"Kawan je.." Iekin mengangguk menyokong.
"He.. Rileks le...Em.. K ar.. Kitorang gerak dulu.." sempat Paan menampar lembut bahu Loqman. Umar memberi solute sebelum mengikut Paan. 

Diorang ni la.. Mcam tak paham je.. Aku mana minat... 
Iekin cuba membaca nota Indus yang diberi Loqman tadi. Jap.. Surat.. 

"Loq..." Iekin memanggil dengan nada cuak. 
"ya?"
"Tadi diorang ada cakap pasal surat.. Urm.. Surat apa?" Loq Terdiam. Nak cakap ke tak nak? Pen diletak kembali. Tangannya menekan pelipis perlahan. 
"Ceritanya macam ni.. Ada aka tu, dia bagi saya surat cinta.. Saya tak suke la benda-benda ni.. So, saya buang je la.."
Ringkas dan padat. 
"Tak suka..?" Iekin kurang faham. Abstrak tu.. 
"Maksud saya, awak tengok.. Orang couple sekarang sini sana.. Kepit sini sana.. Benda tu dah sah haram kan. Saya tau saya ni tak la baik sangat.. Tapi... Bila masuk hal lelaki perempuan ni.." dibiar ayatnya tergantung.

Iekin mengangguk. Faham.
"Tapi, awak kena cakap baik-baik dengan dia. Macam ni pon tak elok jugak.." perlahan suara Iekin. "hmm.. Awak suka dia?"

Loqman mengeleng. Tak le.. Awek macam tu memang dah kena blacklist.. Huhu.. Kejam batul.. Cheerleader tu.. Memang betul kata Umar.. Hot.. Kalau ikut nafsu ye la kot suka..
"Okey.. Tapi.. Awak kena bagitau dia.. Kalau senyap je.. Takut dia still berharap.. Payah jugak.. Soal hati ni tak boleh bawak main.." tenang Iekin menerangkan. 

Loqman tersenyum. Betul jugak.. Hm.. Tengokla nanti.. "Thanks..."
Jeritan P.Ramlee di tv menarik perhatian Loqman dan Iekin.

P.Ramlee kena kejar dengan askar jepon!!!! 



POST YANG INI SAYA DEDIKASIKAN KEPADA AYAHANDA SAYA YANG SUKA BENOR P.RAMLEE NI.. HE.. 



Sunday, April 17, 2011

Sweet Remedy (iv)

salam..
Sori friends.. He.. Tapi harap korang enjoy...

Balqis melihat wajah seorang demi seorang ahli nasyid di hadapannya. Biasa je.. Takde la stok tudung labuh macam ustazah Mas tu. Semua muka manis je. Ada nur la kot. Adui.. Aku ni boleh ke blend dengan diorang ni? Hm.. Izzati boleh la kot. Ada ke tadi..

 Balqis teragak-agak nak menolak pintu surau yang sedikit terbuka itu. Nak masuk ke tak? Suara orang bernasyid je. Suara ustazah takde pun. Ustazah ni betul ke....
"Assalamualaikum.." Suara lembut memberi salam dari belakang. Nak gugur jantungnya Balqis. Balqis segera menoleh. Salam tadi tidak dijawab. Totally terkejot. Gadis yang nampak sebaya dengan t-shirt sekolah long sleeves dan bertudung hitam tersenyum manis.
"Awak Balqis kan? Saya Izzati.." Ramah Izzati berbicara. Balqis hanya tersenyum.
"Marilah masuk!" Senyum manis tak lagi hilang. North star putih ditanggalkan. Balqis juga menanggalkan sandlenya. Baiknya minahni... Tapi aku speachless la.. Tangannya tiba-tiba dipegang Izzati.. Huh?!!

Habis satu team nasyid tu diperkenalkan Izzati. Dasyat. Tapi oke jugak.. Kalau tak, macam rusa masuk kampung la aku.. Hm.. Ustazah pulak lamabat sikit kata Izzati.

"Balqis." Izzati mencuit peha Balqis. "Awak termenung kenapa? Berangan ek...." Izzati membuat muka Hamtaronya.
"Uisyh... Takdela.. Hehe.. " Balqis cuba cover.
"Ke... Ingat kat si dia..?" Kening double jerk.. Balqis menggeleng perlahan. Hui.. Haziq..? Hm. Takla.. He.. Teringat tadi call dia. Haziq kata akan support aku! Bestnya dapat bf macam dia..

"Izzati," Balqis memanggil lembut Izzati. Cuba mengubah topik.
"Ya?"
"Tadi.. Lagu yang diorang nyanyi before masuk tadi... Lagu apa ya..?"
"Hm.. " Izzati cuba mengingat kembali.

Jari dipetik.

"Itu.. Iktiraf... Raihan.. Awak tak pernah dengar?"  soal Izzati.
"Urm.. Pernah kot.."kata Balqis serba salah. Ye la.. Dia mana layan sangat pun nasyid selama ni. Tapi lagu tadi.. Semacam ar...

 "Assalamualaikum.." Ustazah Mas memberi salam dari pintu surau. Balqis mengikut yang lain menjawab salam.

Dan Ustazah Mas mengukir senyum pabila melihat Balqis..

****************************************************

Al-Quran sederhana besar itu ditutup perlahan. Wajah Ustaz Khair yang semakin dimamah usia itu ditatapnya. Dah habis pun untuk harini.. Hu...
 "Kenapa?" tanya Ustaz.Loqman lalu tersedar dari lamunan.
" Takde apa.. He.. Maaf.." Loqman menggaru kepala yang tidak gatal itu. Malu je...

Kedua-dua tangan dihulurkan hendak bersalam. Ustaz Khair menyambut dan membiarkan Loqman mengucup tangannya.
"Loqman"
"Ya Ustaz?" rehal yang baru ditutup separuh itu dibuka semula.
"Lusa saya akan pergi cabut undi untuk tilawah kamu."
"Baik.. Terima kasih Ustaz.." Rehal ditutup. Loqman bangun.
"Assalamualaikum." ucap Loqman lalu melangkah ke belakang bersama rehal dan al-Quran.

Rehal diletak di penjuru surau bersama rehal yang lain. Al-Quran pula diletak di atas rak. Jam dilihat sekilas. Asar lambat lagi. Naik dorm kejap la..

"Uit.! Loqman!" Suara Umar memanggil dari pintu surau. Loqman menoleh. Umar memanggilnya dengan isyarat tangan. "Sini! Sini!"

Loqman melangkah ke arah Umar. Ni pehal pulak ni..

"Kenapa?"
"Nah.." sekeping sampul putih dihulur.
"Apa ni?"
"Ambil je la.."

Sampul tadi bertukar tangan. Loqman memandang Umar.
"Siapa bagi?"
"Bukak je la.." senyum diukir. Wah.. Loqman ada peminat! Loqman mengangkat kening sebelah.Sampul dibuka. Sekeping surat dibawa keluar. Ni tulisan perempuan.. Baris ayat dibaca satu persatu.. Siapa la..

"Umar.."

"Em? Surat apa tu? Nak baca!" Umar cuba merampas tapi Loqman dah tarik dulu.

"Surat cinta.."

'Siapa bagi..?" Tadi si akak senior mintak tolong. Katanya kawan dia punya.. Siapa la kawannya tu..

"Kak Atiah.." jawab Loqman selamba. Surat tadi dilipat kembali lalu dimasukkan ke dalam sampul kembali.

"Kak Atiah? Senior paling hot tu..???" Umar mengawangkan tangannya..

"Kau ni.." Loqman masih ekspresi biasa.. Loqman duduk di hadapan pintu lalu mencapai stokin dalam kasut.

"Kau ni takde perasaan ke..?" tanya Umar hairan.

"Kau jangan nak cakap aku gay ye.. Kau terajang kau sampai bulan.." Loq memberi amaran.

"Then, kenapa kau macam tak minat je kat perempuan? Orang lain sibuk couple sana sini.. Kau pulak.."
Umar cuba berhujah.

"Aku tak minat.. Enough said.." putus Loqman ringkas. Kaki dah siap berkasut. Lalu bangun meninggalkan
Umar. Sampul berisi surat tadi dimasukkan ke dalam tong sampah tepi surau..

Dan Umar hanya mampu mengeleng melihat sikap Loqman... Loq.. Loq...

Ni la Hamtaro yang macam muka Izzati tu.. Ha.. Korang bayangkan je le... Huhuhu.. Jahat an.. :-)


Ni pulak lagi Iktiraf or doa taubat.. Jom dengar dan hayati lagi sekali..!!

Post ini untuk - Ustaz K.. He..
               - Che Nurul Izzati.. Puteri 
                 yang hilang.. Mana dia ya..?
                 Balik Angola ke?

He.. Thanks again.. Just sharing..!!!

Thursday, April 14, 2011

Sweet Remedy (iii)

Pap! 
Belakang Loqman ditepuk kuat dengan pembaris kayu oleh Cikgu Molin. 

"Loqman! Awak buat apa semalam? Sampai tertidur dalam kelas saya!" manis suara Cikgu Molin biarpun tengah 'berangin'. Ni kalau call hot.fm mesti dah dapat title hangat ni! 

"Er.. Sorry cikgu.." Loqman memohon maaf dengan suara yang separuh bergetar. Mamai lagi.
Pap! Lagi sekali belakangnya bertemu si pembaris.
"Sorry? em.. Afiq! Tengok kamus dewan bahasa edisi ke 4 kamu tu.. Apa maksud sorry? Saya tak paham la.."  
"Eh, maaf cikgu.. Hehe.. " Adui.. Itupun nak berkira ke... Aduyai.. Tangan Loqman cuba mencapai belakangnya yang pedih tu.
"Ni kelas bahasa melayu ya. Kalau kawan saya dekat Klang, saya dah dapat 10sen untuk satu kata bahasa lain tau.." Cikgu berlalu ke hadapan kelas semula.Nasib baik.. Loqman menekan pelipis dengan tangan kanan. 

Paan di sebelah menutupmulut menahan ketawa. Hampeh punya kawan. Bukan nak kejut. Adui.. Sakitnya...

***************************************************

Sandle hitam putih disarung laju. Loudspeaker express music masih lagi memainkan lagu Shock - beast di tangan kanan. Baik cepat! Dah lambat da ni..

"Qis, nak pergi mana? Makan dah?"  soal ibunya yang masih bertelekung dari belakang. 

"Sekolah" Sepatah Balqis menjawab. Sibuk ja.. 
"Solat da?"

Senyap. Hanya bunyi kaki bertemu sandle di tanah. Beg yang bersandar di tepi pintu diambil. 

"Pergi dulu." Tanpa memandang ibunya. Balqis berjalan ke pagar. Sikit-sikit solat. Hmph! Tension! Earphone diambil dari kocek tepi beg. Lalu dicucuk pada Express Musicnya.

Dan Balqis terus berjalan meninggalkan ibunya yang sayu melihat.. Balqis...

*****************************************************

"Kau asal? Mamai semacam je harini.." Soal Umar sambil membetulkan songkok di kepala.
"Dia qiam pagi tadi." Paan yang menjawab. 
"Huh?! Mana kau tau?" Loqman sedikit terkejut. Si Paan ni dah la duduk blok lain. Ada DNA Xavier ke mamat ni? Bahaya..
"Aku lalu dorm kau pagi tadi. Nampak ada orang solat. Sekali tengok tau dah tu kau." kata Paan selamba.

Mereka bertiga berjalan ke arah pagar sekolah bersama pelajar lelaki yang lain. Hari jumaat. Kena pergi masjid seberang jalan tu nak solat jumaat. 

"Ko tau, aku mati-mati ingat hari ni sabtu. Tu yang dok qiam tu.. He.." Tersenyum sendiri. Tapi...
"Apa kau buat kat blok aku pagi-pagi buta?" musykil jugak.. 
"He.." Paan mengukir senyum penuh misteri.
"Kau ada dengar tak ada seniour jadi hulk pagi tadi?"  soal Paan.
"Ada.. Ada orang letak Colgate kat tuut dia an?" Umar menjawab. Panik jugak dia dengar tiba-tiba ada orang menjerit time tengah mandi tadi. Ingat pontianak versi laki.. Huhu.. 

Paan terus mengukir senyum kerang tamat tempohnya itu. Langkah Umar dan Loqman terhenti.

"Kau??!!" serentak Loqman dan Umar.

Dan Paan meninggalkan mereka berdua di belakang dengan senyum puas. 

********************************************************

Langkah Balqis makin menghampiri surau sekolah. Jam di tangan dilihat sekilas. Justin Bieber yang menyanyi lagu Baby di telinga berhenti separuh bila Balqis menekan punat stop di handphone nya itu. Earphone dicabut dari telinga lalu disumbat ke dalam kocek tadi. Tiba-tiba terdengar alunan musik yang datang dari surau. Dah mula ke? Jam dilihat lagi sekali. 2.03 p.m.. Langkah makin melaju menghampiri surau. Irama yang tadi sayup-sayup kini jelas kedengaran. Dengan getaran rebana dan percussions yang harmoni dengan suara merdu. 

Langkah terhenti di hadapan pintu..

Lagu ni......


NI LA PERCUSSION YANG ACAP KALI JUMPA PABILA ADA PERTANDINGAN NASYID DAN YANG SEWAKTU.. HUHU..


post ni untuk diri yang kalah lagi... Hm... Bong..!!! 


Wednesday, April 13, 2011

Freedom - Maher Zain


Tika aku menemani che Syazana pergi CC ni.. Saja la ak explore youtube.. N aku terjumpa lagu baru ni..Bapak bez.. He.. Dengar la.. Best..!! 
Gathered here with my family
…My neighbours and my friends
Standing firm together against oppression holding hands
It doesn’t matter where you’re from
Or if you’re young, old, women or man
We’re here for the same reason; we want to take back our land
Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
And now we’re here together
Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We’re calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you’re here with us
No more being prisoners in our homes
No more being afraid to talk
Our dream is just to be free, just to be free
Now when we’ve taking our first step
Towards a life of complete freedom
We can see our dream getting closer and closer, we’re almost there
Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
And now we’re here together
Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We’re calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you’re here with us
I can feel the pride in the air
And it makes me strong to see everyone
Standing together holding hands in unity
Shouting out load demanding their right for freedom
This is it and we’re not backing of
Oh God we know you hear our call
And we’re calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We’re calling for freedom, calling for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you’re here with us

Monday, April 11, 2011

Antara Civil dan Biologi (scratch)

Salam.. 

Korang pelik tak kenapa address aku letak antara civil dan biologi? Kalau tak pelik pn aku peduli apa.. Nak bagitau jugak.. Haha..

Adakah ianya kisah personafikasi dua insan lain darjat bercinta..?




      Takdalah..!!! Mengarot...!



Sebenarnya macam ni... Civil Engineering Studies dan Biology kan dua benda berbeza macam langit dan bumi biar berada di paksi yang sama iaitu sains..

So, ia sebenarnya lebih kepada analogi pilihan yang sering kita hadapi dalam hidup.. antara benar dan salah.. Antara 2 insan yang kita cintai...  Yang mana terbaik? Antara milo ais dan jus epal.. Tengok.. Dari seremah perkara hingga la ke perkara besar... Kita sering terpaksa membuat pilihan.. 



Ada sesetngah perkara yang kita rasa susah nak buat keputusan sendiri.. Nak ambil course apa? Nak terima pinangan dia ke? Betul.. Benda macam ni tak boleh nak decide sendiri... 

Kena minta back up.. Nasihat family.. Orng berpengalaman.. Kawan-kawan.. Dan jangan lupa.. Minta dari Dia.. Yang Maha Bijaksana... Yang Maha Mengetahui.. Buat istikharah... Islam dah ajar benda2 ni... 


Itula sebab... Hehe.. Aku pun banyak buat pilihan salah dalam hidup.. Antara sedar dan tidak.. Tapi tak boleh putus asa kan..? Sebab lepas ni banyak lagi pilihan yang kita kena buat... Chayok..!! 


P.S - HLOVATE KATA KAT BLOG DIA TADI  "never imitate, create." TERPIKIR AKU.. ADAKAH TULISAN AKU KIRA CEDUK KARYANYA YA? HM.. MUNGKIN ADA TERPENGARUH LA.. HEHE.. ANYWAY.. THANKS FOR THE ADVICE.. I'LL DO MY BEST..!

Arus vs Masa

Salam kepada korang yang membaca.. he.. ceritera harini bukan pasal fantasi ya.. Tapi realiti.. Korang perasan..? Korea dah menjajah negara kita.? Tak percaya? Tengok la msyarakat remaja sekarang. Sape je yang tak de Suju (Super Junior) dalam phone/mp3 diorang? Aku tak cakap salah... Tapi bila dah terlalu berleluasa camni... Cuak ar.... 



Yang ni SNSD.. He.. Aku layan gak.. Sikit.. Lagu gee diorang bez ja... 




Yang ni, tak kenal.. Korang kenal kot.. Tapi kompom awek2 cair tengok muka camni an? Hehe.. Muka2 macam ni la buat jejaka melayu dah tak dipandang.. Haha..


Bila aku tengok rancangan agama kat tv9 cam adik n al-quran.. aku terfikir la.. Budak-budak sekarang macam dah makin hilang arah.. Main 24/7.. Wonderpets... Ceria... Dora.. Ada ke ibu bapa yang cerita 25 rasul kat anak mereka sekarang?  Hm.. Alhamdulillah bagi yang ada... he.. 


Bila aku baca cerita geng ABCDE tu.. Terpikir pulak.. Ada ke bebudak yang macam ni sekarang...? Bukan part bahasa skema tu.. Tapi part ibadat dan taat tu... Zaman makin teruk... Memang la nak kiamat...


Eh.. pehal le masuk citer bebudak ni.. He.. So, remaja tadi.. siap hafal lirik la... Adui... Haha.. aku pon pernah gak kat ASiS dulu.. Ingat lagi aku bawak g perkampungan ilmu,, Hehe.. Tapi satu je.. Gee.. Haha.. KBSW dah jadi tontonan wajib.. Takde Astro 8tv pon jadi.. Hm... Tatau nak cakap apa.. Aku kurang senang bila satu benda tu dah jadi terlalau fenomena... Bukan jelez... Tapi... He.. Korang pikiq je la.. 


Ya..? Tu je la untuk harini.. hehe.. thanks..!! 


Suke tu boleh.. Tapi jangan obses... Ya..? 

Sunday, April 10, 2011

Sweet Remedy (ii)

Sejadah dilipat dua lalu diletak di dalam loker no.13 miliknya itu. Sedikit bersepah dengan modul-modul yang bukan sedikit. Jam loceng yang diletak atas buku komik Naruto yang disusun dilihat dengan bantuan lampu koridor. 5 pagi. Lagi setengah jam bangun le diorang. Senior-senior pun awal-awal tahun ni lagi suka stay up dari stay dawn. Hm.. Yang Qiam ni seminggu sekali je buat. Oke la kot. Esok cuti. Tak sibuk sangat. Mungkin kena practice untuk pertandingan tilawah minggu depan. Hm..

Gambar ibu bapa yang ditampal di bahagian atas cermin loker menangkap perhatiannya. Rindu pulak. Adus.. Loqman... Tersenyum sendiri. Waktu macam ni pulak nak emo. Baldi kecil bersis toiletries dicapai di bahagian bawah loker. Baik mandi sekarang. Tak nak berebut. Pintu loker ditutup perlahan. Tak nak yang lain bangun.! Hehe...

*****************************************************************

Liguid paper digoncang perlahan sebelum dipicit dan diratakan ke atas kesalahan jawi yang ditegur ustazah Mas tadi. Aku ni dah la lemah jawi. Tapi kalau exam okelah boleh backup dengan yang lain. He.. Tapi kalau waktu macam ni, dah hari jawi. Kalau aku tulis feqah buat jawapan memang tempah maut le.. Si gadis berbicara sendiri.

Pilot biru menari laju di atas cecair putih yang telah kering tadi. Siap! Hm.. Buku ditutup. Tudung dibetulkan sedikit. Nanti bising pulak ustazah ni. Kerusi ditolak ke belakang. Lalu mengatur langkah ke meja guru. Ustazah Mas sedang menulis sesuatu di dalam plannernya.

"Er.. Ustazah.." si gadis memanggil lembut. Ustazah mengalih wajah ke arah si gadis. Senyum manis diukir.

"Ni pembetulan tadi.." Buku coklat diletak atas meja guru lalu mengatur langkah ke belakang.

"Balqis.." Panggil Ustazah Mas. langkah tadi mati.

"Sini kejap." Alamak... Kenapa pulak ni..

"Ya ustazah..?" penuh cuak. Buku jawi tadi dilihat tak bergerak dari tempatnya. Takkan salah lagi..?

"Saya nak minta tolong boleh.?"
"Tolong apa..?"
"Saya nak awak masuk kumpulan nasyid sekolah" kata Ustazah Mas tenang, lembut dan tegas.

"Huh?!" ayat tadi macam tak dapat dicerna. Nasyid? Aku?

"Apa dia Ustazah? Maaf.. Salah dengar kot.." Ni akibat Mp3 la ni..

"Saya nak awak masuk kumpulan nasyid sekolah.." ulang ustazah Mas.
"Tapi kenapa saya..?"

"Saya dah dengar awak nyanyi haritu. Sedap. Sesuai la untuk nasyid. Lagipun memang nak cari solo sekarang. Solo tahun lepas kan dah habis sekolah. Tahun ni yang datang interview semua sedap. Tapi kalau nak solo, semua kantoi."
Tenang je Ustazah ni cakap..

"Tapi tu karaoke .. Ustazah.." biar betul.. Solo?

"Ala.. Sama je..Yang ni beza ada kumpulan.. Tu jer.. " Ustazah mencari sesuatu di dalam failnya. Balqis pulak dah tak tau nak cakap apa. Numbness...
"Nah, ni lirik. Cuba la dengar lagu ni." Kertas A4 yang dilipat dua itu dihulur Ustazah. Tapi Balqis tak terasa nak tengok pun.. Ustazah Mas berdiri. Serentak loceng sekolah berbunyi. Aik? Tau-tau je.. Buku-buku pun dah siap dikemas ke dalam beg kain.

"Bangun semua!!! Syukran ya zillan Ya ustazah..!! " selamba je Kerol si ketua kelas mengucap selamat tak endah aku kat depan ni.. Bibir Balqis mengikut yang lain mengucap syukran.

"Patang ni pukul 2 ada latihan dekat surau. Datang ya..?" kata ustazah dengan senyuman manis perisa lavender. Adui.. Bukan nak mintak persetujuan. Brutal sungguh. Balqis mengangguk perlahan.

Nasyid....?

********************************************************

"Kau gila ke Balqis?" selamba ayat Hani si BFF meluncur dari bibirnya.
"Agak la.. Nak buat macam mana? Tak sampai hati la nak tolak." Vanilla coke dibawa ke bibir.
"Then. kau nak pergi?" Balqis mengangguk.
"Tapi aku balik dulu. Nasi baik rumah dekat. Tengok la macam mana nanti. Kalau oke, aku go on. Kalau tak, memang kena cari orang lain la. Lagipun aku tak ngam sangat dengan budak-bidak nasyid. Kan diorang banyak kelas atas."

 Balqis yang tadi duduk di bangku tepi pagar masuk sekolah kini bangun. Diikut Hani. Kaki mula melangkah ke arah rumah yang terletak di bawah bukit. Vanilla coke yang kini kosong dicampak ke dalam semak yang memang penuh dengan sampah.

"Tak ada la.. Selam ni kau layan MCR, Green Day, punk, shuffle, techno. paling bunga la HSM. Itupun senyap-senyap je.. Ni, tiba-tiba nasyid. Jauh benar menyimpang. "
Tawa Balqis pecah. Hani ni la.
"Jangan le sebut kuat-kuat HSM tu.. He.. " High school musical. Oke je.. Kenapa la ramai yang tak suka. Jiwang la.. Pinky la.. Adui.. Memang la tak boleh puaskan hati semua orang.
"Hm.. Ye la.. Haziq kau dah bagitau?" soal Hani.
"Belum.. Balik ni nak bagitau la. Tak bawak phone la.."

Dan senyum tiba-tiba terukir di bawah sedar bila teringat si teruna tu.. Huhu.. Haziq...


TRIBUTE 4 - TEAM NASYID SEKOLAH SMKSB 2008.. RINDU KORANG..!! :-p
                    - HAZIQ JAMAL SI JEJAKA.. HEHE..
                    - NAIM RAFIDI (JAWI)

*BFF - BEST FEMALE FRIEND

  MCR - MY CHEMICAL ROMANCE

THANKS.. JUST SHARING...