"Awak oke..?" Haziq yang sedari tadi memandang mula bersuara.
"Oke..." Sepatah.
Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
"Serious..?"
"Hm.. Bawak saye lari rumah... Boleh..?" Huh?! "Ape.?" Biar betul minah ni..?
Ketawa Balqis pecah. "Awak ingat saya serious ke...."
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
"Saye cuma tension dengan rumah.. Parents.. Tau je la..." Satu lagi suapan masuk ke dalam mulut. Oh...
"Balqis..." tangan Haziq memegang tangan Balqis di atas meja. Kunyahan Balqis berkurang kelajuannya.
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
"Saya sayang awak.. Kalau ada apa apa... Cakap je kay...?" Ingat apa tadi... Balqis mengeratkan genggaman.. "Kay.." Mata mereka bertaut..
Insha Allah
Insha Allah
Insha Allah
you’ll find your way
Huh!?
Bile pulak mamak start pasang lagu nasyid kat warung nieyh? Balqis memanjangkan leher.. Cuba mendengar lebih jelas lagu yang berkumandang. "Siapa nyanyi yek lagu ni...?" Haziq melihat radio kecil di kaunter mamak tu.. Macam ada nama penyanyi tu je kat situ.. "Entah.." Isy.. Ada ka tanya aku lagu nasyid.. Ingat muka aku ni muka nasyid ke...?
"Oh.. Takpe la.. " Izzati tau kot... Tangan tadi dilepaskan. Nak sambung makan. Sanggup tahan sarapan kat rumah nak lunch dengan si Haziq kesayangan. Gile ke nak sarapan semeja dengan parents yang tengah berbaki angin Katrina semalam tu. Nasib baik je parents dia bukan jenis angkat tali pingang ke, rotan ke. Kalau tak memang lari betul la...
"Cepat makan.. Nak bawak pergi somewhere ni.." Haziq menguis nasi goreng di pinggan. "Kay.." Balqis menghalakan sudu berisi maggi goreng ke bibir Haziq.. Haziq sempat ketawa kecil sebelum membuka mulut.. Balqis... Kejap je lagi...
Insha Allah
Insha Allah
Insha Allah
you’ll find your way
you’ll find your way
****************************************************************************
Wallet coklat pasar malam dikeluarkan dari poket belakang. Dua keping not merah dikeluarkan lalu dihulurkan kepada jurujual di kaunter. Buku oren hitam yang dah siap berplastik tu dihulurkan kepada Loqman. "Umar, Paan.." Dipanggil sahabat-sahabatnya yang berada di rak komik dan majalah yang tak jauh dari kaunter wang itu.
Umar meletakkan kembali Kreko ke tempatnya. Paan pula berjalan ke kaunter dengan majalah di tangan. "Majalah apa tu?" Soal Umar. Paan menunjukkan cover majalah. Solusi.. Huh?! "Bukan selama ni kau layan Revolution ke? Ni asal menyimpang jauh ni..?"
"Brother, aku menyimpang ke jalan yang lurus tau.. Berevolusi untuk mencari solusi... Salah ke?" "He.. Takde la... Alhamdulillah.." Umar senyum. Paan meletakkan majalah tadi ke atas kaunter. "Ni mesti Iekin punya kan? Kitab La Tahzan tu dia dah khatam ke?" Paan menduga. "Tah.. Tapi dia suruh aku baca dulu.. Dia dah baca dah kawan dia punya..." Loqman mengeluarkan buku tadi. Versus...
"Macam-macam.." Not hijau tua dkeluarkan.
Pintu ditolak. Loqman melihat tak ramai orang yang berjalan di ibu kota harini. Ada la sepasang dua pasangan. Yang berkumpulan. Yang berseorang pun ada.. "Nak makan mana?" Paan memegang perutnya.
"Dekat..." Kata Loqman tergantung apabila terpandang dua insan di hujung simpang yang tengah mereka lintasi. Paan dan Umar pun berhenti skali..
Tu kan... Balqis... Balqis seperti menjerit sesuatu kepada si jejaka. Pang! Selamat lima jari jejaka melekat di pipi kanan Balqis.. "Weyh.. Loq.. Jum la blah.. Tak yah masuk campur rumah tangga orang.. " kata Umar..Tu bukan rumah tangga.. Si jejaka seakan tak mengendahkan mata yang memandang. Dan mereka yang lalu lalang pun tak mahu ambil peduli.
"Woi!!!" Paan dah jerit dulu. Apekes member aku ni? Balqis dan si jejaka memandang mereka bertiga. Balqis lemah.. Pucat.. "BLAH LA KORANG!! JANGAN MASUK CAMPUR!!!" Si jejaka menyahut kembali. Darah Paan semakin mengelegak. Umar semakin cuak. Loqman.. Dilema.. Nak tolong ke...? Si jejaka merentap tubuh gadis dan cuba menyeretnya. Balqis melawan.. "Tak nak...!"
"Urgh...!" Paan menghulurkan plastik berisi Solusi kepada Umar lalu menerpa ke arah jejaka. "Jantan tak guna...!" Tubuh Balqis dicampak ke dinding. Terjatuh.. Haziq cuba menepis tumbukan Paan lalu membalas dengan tumbbukan. Kena! Paan memegang perut.. Sakit der!! Kali ini lutut Haziq bertemu perut Paan. Tak boleh jadi..! Loqman menghulurkan plastik Versusnya juga kepada Umar.
Tumbukan Haziq ditepis kemas lalu mengenakan tumbukan padu ke wajahnya. Baru sahaja Haziq ingin membalas semula tetapi sudah ditendang Loqman. Haziq memegang perut dan wajahnya.. Sakit.. Sekilas wajah Balqis ditenung sebelum Haziq melarikan diri...
"Awak oke...?" Loqman menghampiri Balqis.. Wajah Balqis yang jelas ketakutan dipandang.
Kemeja putih.. Seluar slack.. Spacky...
Mamat skema..?
************************************************
Whoa.. Nak dekat sebulan gak tak tulis cerita ni.. He.. Harap korang enjoy.. N thanks for support!! XD
Ref - InsyaAllah - Maher Zain (Awakening Records)
- Solusi - islamic magazine
- Revolution - Skaters magazine
- Versus - Hlovate (Jemari Seni Pub)
JUST SHARIN.... :-)

macam tak habis je!
ReplyDeleteada episodnye... hehe.. :-)
ReplyDeleteklu ade ilham nnti sambung ye ^_^ xpyah nk lekas2 sgt,, bile ade mase n ade ilham je :) suke sgt crite ni <3
ReplyDelete