Saturday, August 20, 2011

~ AsCellA ~ *first page*



“Smash!!!!!” Aida menjerit kuat dari luar court. Dah mengalahkan orang yang bermain je. Awanis membalas servis Laila dengan pukulan biasa. Laila membuat mimik muka ala Misbun Sidek lalu mengawangkan raket dengan aksi seorang atlet. Dan….

Shuttlecock menyembah bumi diperhatikan 3 kepala. Senyap seketika….. Laila terlepas.. Tawa Awanis dan Aida pecah.. “Memang tak boleh jadi atlet la kau… “ Aida berkata dalam tawa yang masih bersisa. Laila dah berjalan ke tepi court ke tempat duduk Aida. Muka muncung merajuk. “Tak hingin pun la” Awanis juga kini melangkah ke arah mereka.

Dah hampir satu jam mereka bermain badminton di situ bergiilir. Sekali sekala beriadah pun seronok je.. Takdela lemak dalam badan berkumpul macam lemak walrus. Raket pun dua je. Ihsan Aida.. Dah dia je yang duduk dekat dengan sekolah separa asrama tu. Hari ahad tu kebanyakan tempat beriadah lengang. Mungkin sebab ramai yang balik. Dan waktu macam ni majoriti baru mula nak melangkah masuk ke pagar sekolah. Kebanyakan mereka kalau boleh tak nak pun masuk.

Botol plastik berisi air putih itu dibawa ke bibir. Melepas dahaga. Laila mula memasukkan raket ke dalam sarungnya. Aida juga mula mengemas. Shuttlecock tadi diambil. Dilihat sekejap. Bulunya masih cukup biar banyak yang dah mula berlubang. Takpe.. Boleh pakai lagi.. Fikirnya Lalu dicampakkan dalam beg gym oatcrunchnya. “Jom naik….” Awanis mengajak. Botol air tadi dah diletakkan dalam beg sandangnya.

Lagi dua kepala mengangguk. Aida melihat jam tangan. 6 setengah. Perfect.. Mandi. Pastu dinner.. Life asrama ni kena pandai urus masa. Er.. Kat luar pun.. He. Tapi itula yang dia belajar sejak duduk asrama biar baru dua minggu. Urus masa.. Kalau tak rancang dengan baik, alamat migrain datang percuma la..

“Aida, Awanis, puasa jom esok?” Dan juga belajar buat ibadat sunat.. Rasa macam rugi pulak tak masuk asrama dari tingkatan 4 dulu. Tapi its better late than never right? But its better to never be late.. Suara menjawab dalam kepala. Aida mengukir senyum. “Sure…” “InsyaAllah…”

*********************************************

Miss the schooldays, seriously...huhu.. cerita yang ini mungkin ada yang akan kata.. "eh.. macam aku.." haha.. well, perhaps youre right.. cerita yang ini aku kutip dari memori...


Cerita aku.. Cerita dia.. Cerita mereka..


Dan sengaja aku overkan dari realiti...


Kalau suka.. thanks.. kalau tak, cant help...


again... i'm just sharing...


:))))

Friday, August 12, 2011

My Heart...

Huh!

Aduhai hati... Kenapa ni? Bermuram durjana... Rasa macam matahari tengah terbenam je kat dalam dada ni.. Sayu jer.... Kenapa hati...? Ada problem ke..? Cer la... Aku tak suka bila kau sedih.. Sebab aku pun sedih.. Ye la.. Kalau kau oke.. Aku oke.. Kalau kau tak oke.. Aku lagi la... Kan Rasulullah SAW dah bersabda... 


  “Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging.  Apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota.  Dan apabila daging itu rosak, maka rosaklah seluruh anggota, ketahuilah itulah hati.”  Hadith riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim.

Hah.. Sekarang ceritalah hati... Aku sudi mendengar... 

Aku rindu....

Rindu? Pada siapa..? Belum masuk PJ dah rindu.... Ke rindu pada dia kat Sabah..? Hehe..

Isy... Bukan rindu yang itula... Aku pun tak tahu nak kata bagaimana... Ia.. Rasa,,, Yang pasti aku rindu.. Mungkin sedih juga.... 

Wa... Parah la kau ni hati.. Hm... Kenapa...? Cuba kau ceritakan satu persatu... 

Tak mengapa kah?

Tak apa....

Hm.. Aku rindu padaNya.. Yang ciptakan aku..... Yang ciptakan kau... Yang masukkan aku ke dalam engkau... Aku sedih.. Sedih dengan dunia yang sungguh... Berat.. Aku faham... Sedih dengan keluarga yang tidak tahu apa yang kita tahu.. Tak rasa apa yang kita rasa...  Dan aku juga sedih dengan kau.. 

Aku? Kenapa?

Kau lemah.. Kau langgar perintahNya.. Kau abaikan suruhanNya... Berapa kali dah kau buat 'benda' tu lagi? Berapa kali kau tinggalkan solat..? Berpa kali kau gagal mengawal diri?  Aku cuba nasihatkan kau.. Tapi.. Kau degil... 

Aku dah cuba wahai hati... Aku cuba.. Aku solat.. Dah lama aku tak tinggal... Aku cuba mencari kesedaran.. Aku beli solusi.. Al-islam... Aku baca... Hm.. Aku pun tak tahu....

TApi semalm? Tak perlu la aku ceritakan hal semalam.. Kau tahu...

Aku tahu.. Maaf...

Maaf Dia yang patut kau pinta.. Bukan aku...  Sudahla... Balik la ke pangkal jalan... Belum terlambat....

Susah.........

Tiada benda yang senang la wahai Khairul.. Lagi lagi dalam dunia hari ni....

Aku.. Tak tahu nak cakap apa...

Tak perlu kata... Buat.... Ikhlaskan hati.... DemiNya... Percayalah... Dia akan bantu... Lupakanlah nafsu yang sementara tu... DemiNya... Jom... Ke arah yang lebih baik!! 

Aku.. Tak tahu macam mana nak mula... Aku seolah tiada kekuatan... Kau rasa Dia masih mahu terima aku? Dosaku bukan sedikit hati.... 

Dia Maha Pengampun... Maha Penyayang.. Kau pun tahu itu.... 

Betul katamu hati.... Aku betul harap UIA dapat bantu aku... Persekitaran dia... Kau pun tahu kan kenapa kita sepakat mahu ke sana... 

Aku tahu... InsyaAllah... Harap kau tidak menggatal la... He..

Uisy.. Husnus Zon la hati....

Aku kenal kau... Aku sungguh harap begitu.... Berubahla... Aku tak mahu terus bersedih.. Kita tak tahu selama mana hayat kita... 

Ya... Hm.... Aku rasa bersalah dengan sahabatku...Aku katakan padanya.. "Lihat tu.. Macam tu la bini aku nanti... " pada seorang gadis bertudung labuh.. Dia mengatakan.. "InsyaAllah... Tapi kau kena la berubah ke macam tu jugak.." AKu jawab.. "sedang berusaha.." 

Bagi aku.. sahabat mu pun orang baik... Percayalah....

Ya, aku tahu... Rasa bersalah.. Harap dia tak marah... Muka dia pun ada Nur sebenarnya........ Kan?

Kau dah lari topik... Sudahla....... 



~ Melodi Hati ~

Sungguh... Macam tak percaye je dah masuk minggu ke 4 kat CFS IIUM nieyh... Lecture dah mula.. Dan setakat ni Alhamdulillah so far so good jer.. Xcept Graphic Communication 1 yang buat students AED cam aku sakit pale bile pkir pasal tu.. He.. Tapi an..

At the same time...Naluri lelaki aku kini aktif kembali.. Gila punya ayat.. Tapi tu hakikat.. 2 tahun kat boys school dan kini ada kat tempat di mana warna pelangi lengkap kembali... Rasa macam ada Katrina dekat left atrium... Huh?! Haha.. Well.. Mungkin apa yng  tertulis kat bawah ni macam melampau.. Tapi tu hakikat... Bukan hanya aku.. Tetapi hampir semua remaja tak kisah laki or perempuan...

Dan dengarlah kini... Sebuah bicara hati...

Aku sedang berjalan menuju ke studio yang bagiku sederhana namun cukup selesa sekali untuk belajar di sana... T2 dan art pad size A3 di tangan kananku sememangnya mmemberi identiti kepadaku bahawa aku budak AED... Sekilas ku pandang jam di  tangan.. Sepuluh minit lagi.. BAM!!!

Oh!!! What have you done..????

"Sorry sangat sangat!!" Kataku dengan sedikit gelabah. Kelihatan buku tebal 2 inci dan kertas A4 bertulis yang lain bertaburan di lantai.Aku tunduk untuk bersama mengutipnya. "Tak pe.. " Itu saja yang hanya dapat aku dengar dari gadis beertudung biru muda itu..

Chemistry.... Aku hulurkan buku itu kepadanya..Sekilas aku mlihat wajahnya yang putih bersih itu.. Subhanallah.. Cantiknya... Dia cuma  tersenyum.. Buku dan kertas tadi bertukar tangan.. 

"Maaf.." Kataku sekali lagi.. 
"Takpe.. Saya pun tak tengok jalan tadi.." bangun. Pelajar lain yang lalu lalang di Laluan Siswa itu seolah tak mahu campur tangan dengan kemalangan tadi.. Alah.. Kecil je.. 

Dia sekali lagi menghadiahkan senyuman lalu berjalan pergi ke  arah yang bertentngan dari ku... Mataku seolah tak mahu meninggalkan kelibat tubuhnya... Siapa kamu..??

******************************************

Hati 1 : Cantik kan dia....?

Hati 2 : Sangat cantik...

Hati 1 : Kau fikir peribadinya juga  cantik?

Hati 2 : InsyaAllah.. Husnuszhon.....

Hati 1 : Hah! Jadi, apa yang kau tunggu lagi..?? Pergi lah
         menyunting dia.. Buatkan dia pacar mu... Boleh ada teman
         bicara.. Lain jantina... Hah!

Hati 2 : Pacar?  Apa kau sudah gila? Mana mungkin aku berpacarn
         di waktu begini.. Aku mahu belajar dahulu.. 

Hati 1 : Aduh.. Bukan kau tidak boleh belajar kalau berpacaran...

Hati 2 : Iya.. Tapi ia pasti menganggu.. Aku kenal diriku.. Dan
         aku tak mahu merisikokan masa depanku dan juga dia...

Hati 1 : Bagaimana jika dia diambil orang? Pasti kau akan sedih
         nanti!! Melepas kau.. Baru padan muka kau...

Hati 2 : Jika dia benar juga suka sama aku.. Dia pasti menunggu
         aku.. Kalau jodoh tak ke mana..

Hati 1 : Ia.. Tapi usaha perlu ada!!! Ngorat dia!!

Hati 2 : Benar... Tapi bukan sekarang.. Mana kau pasti rasa yang
         dirasakan ialah cinta..? Mungkin ia cuma rasa tertarik
         dari lelaki kepada perempuan.. 

Hati 1 : Couple la dengan  dia.. Baru tahu.....

Hati 2 : Isy... Couple tu kan haram.. Lagipun... Ah.. Rasa tk
         perlu aku ulang perkara ini...

Hati 1 : Haha.. Kau hampir tewas.. Katakan la padanya kau suka
         sama  dia..

Hati 2 : Ini bukan masanya  untuk bercinta.. Ya.. Aku tak nafikan
         aku rasa suka sama dia.. Tapi percayalah wahai   
         sahabatku... Kalau dia yang diciptakan untukku.. Pasti
         kan bertemu juga.. Andai dia couple sama lelaki lain..
         Bererti dia mendapat yang lebih baik dariku dan aku juga
         InsyaAllah akan mendapat bidadari yang akan menantiku di
         syurga kelak.. Tidak ada yang perlu dirisaukan tentang
         cinta.. Kerana ia adalah rezki yang telah
         ditentukanNya..

Hati 1 : Bukan hari-hari kau berjumpa gadis seperti itu.. Dia
         baik.. alim.. dan..

Hati 2 : Maka dengan sebab itu la lagi aku tidak berhak memiliki
         dia.. Aku bukan seorang yang baik.. Ya.. Memang aku
         mencari pasangan yang baik.. Tapi Allah SWT sudah
         berfirman dalam surah AnNur ayat 26.. Perempuan yang
         baik untuk lelaki yang baik..  Dan aku belum cukup baik
         untuknya..

Hati 1 : Mengarut!!

Hati 2 : Bialah apa yang kau kata.. Aku akan pasikan jasad ini
         teguh di dalam jalan cinta sejati ini..  Aku ingin
         mencari diri seblum aku boleh menjaga orang lain.. Dan
         membawa cinta ke jalan yang halal... Hati 1, tetapkan
         lah niat study di sini untuk belajar.. KeranaNya... Ya?
         Usah difikir soal dia.. Yang Maha Pengatur sudah
         aturkan segalanya..

Hati 1 : Nampaknya kau begitu teguh..

Hati 2 : Aku doakan terus teguh begini... InsyaAllah....

*****************************************

Event kat atas tak berlaku di dunia realiti ya.. Bukan pada saya.. Tu cuma klise pertemuan yang saya ceduk.. Tapi bicara hati itu memang berlaku.. Kan? Dalam diri kamu juga.. He.. Fikirkan la yang terbaik.. Tak perlu ikut rasa semata.. Cinta itu anugerah.. Dan akal perlu diiringi dalam cinta..

He.. Bersbarla.. Mungkin kita pedih bila tengok orang couple sini sana dan kita single.. Mungkin kita sakit bila nak alihkan pandangan dari si dia yang cantik.. Tapi percaya lah...

Cinta itu ada untuk anda.. Buat masa ni, belajarlah... Demi masa depn cintamu jua... Dan carilah cinta SI DIA PEMILIK SEGALA CINTA.. Moga cinta yang hakiki itu membawa cinta kita sampai ke syurga.. InsyaAllah....

Saya cuma berkongsi....

*Post peringatan untuk saya juga...

Tuesday, August 9, 2011

~ My Hues ~

Salal alaik... 


Salam Ramadhan... 


Hm.... Lama dah tak berbloging ni... Straight to the point je la harini.. tadi bukak facebook.. terbaca status seorang gadis ni... 


"susah nak cari laki yg betul2 beragama zaman skrg ni"


Tak perlu la dibahaskan maksud tersirat ke tersurat ke... Semua orang faham maksud ayat di atas... Dan bukan untuk dinafikan pun.. Sungguh.. Susah nak cari laki yang betul betul faham dan amalkan apa yang difahami tu...Islam.. Bukan sekadar atas IC... Bukan atas nama Islamic University... Tapi untik dihayati dan diamali... Dah kata Addin.. The way of life... 




Dan sejujurnya... 


Pakcik terasa dengan ayat di atas.. 


Pakcik pun bukanlah lelaki yang baik... Kata pakcik dengan semua orang, pakcik nak berubah.. Pakcik cuba.. Tapi bila difikir balik... I just dont try it hard enough..  


Masih di takuk yang dulu...
Masih Si Syamil yang dulu..


Maaflah.... Mengecewakan.... 


Tapi.. Kalau korang ingat pakcik hipokrit, tu salah... 
Segala post yang islamic tu lebih kepada diri sendiri.. Dan pakcik cuma berkongsi... 


Pada setengah orang mungkin nampak pakcik baik.. Ada pulak yang nampak pakcik ni cam jahat.... Hm..Semua orang ada jerangkung in their closet kan.... dan kekadang pakcik tunjuk jerangkung pakcik... 


Hm... Pepehal...


Harap pakcik betul betul berubah sebelum masa tu.... 


~ Pakcik ~