Sunday, July 31, 2011

~ Ramadhan Strikes Back!!! ~





Ah hahh...... Salam alaik wahai sahabat-sahabat ku..... 


Huhu.. Berskema jap... Ramadhan akan menjengah kita lagi... Alhamdulillah... Bukan selalu ada orang nak offer kita hadiah kan? Dan kali ni, Allah SWT dah bagi sale untuk akhirat buat kita!! Sebulan tuh!! Sale ape? Sale pahala la... Kita kena beli dengan amal ibadat.... 


Tapi sayang.. Ramai manusia melihat Ramadhan tak lebih dari acara tahunan..... Yang puasanya dikeluhi.. Tarawihnya disedehi... Datangnya Ramadhan dikatakan ujian.. Ya.. Memang ujian... Tapi mereka melihat ujian ini hanya sebulan... Dan meraikan perginya Ramadhan tika Syawal menjelma... 


Sedang Ramadhan itu lebih dari hanya puasa...


Ramadhan itu lebih dari Tarawih 20 rakaat...


Ramadhan itu lebih  dari bershopping setiap petang di bazaar.... 


Ramadhan itu sendiri membawa keberkatan... Keampunan... DariNya..


Kata orang.. Ramadhan itu semacam kursus untuk menjadi insan yang lebih baik di mataNya...


Cuma perlu pandai mengambil peluang... 


Diharapkan...


Ramadhan kita yang ini lebih baik dari sebelumnya... 


InsyaAllah..... >.<


Juz sharin...


*******************************************


kekadang bile tengok blog orang lain.. Waa... Cantiknye.. Bestnye isi dia... Rase jelez a... Huhu.. Rase tu datang sendiri... He.. Tapi pakcik suke je how my blog right now.. I wanna it be like that.. Maaf la kalau ta suke.... 

Saturday, July 16, 2011

Sweet Remedy (xi)

  Maggi goreng mamak dibawa ke mulut. Sekali sekala makan kat mamak pun oke je. Biarlah tak ber air-cond.. Biarlah bising dengan bunyi sudip bertemu kuali, biarlah bising pekik-pekik si pekerja menyampaikan pesanan kepada si tukang masak dengan si pembuat air.. Tak kisah.. Bukan si Haziq yang ajak ke sini. Tapi perut yang berselera mamak harini. Teh ais dihirup perlahan.

"Awak oke..?" Haziq yang sedari tadi memandang mula bersuara.
"Oke..." Sepatah.

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone



"Serious..?" 
"Hm.. Bawak saye lari rumah... Boleh..?" Huh?! "Ape.?" Biar betul minah ni..? 
Ketawa Balqis pecah. "Awak ingat saya serious ke...."


All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless

You can’t see which way to go


"Saye cuma tension dengan rumah.. Parents.. Tau je la..." Satu lagi suapan masuk ke dalam mulut. Oh...
"Balqis..." tangan Haziq memegang tangan Balqis di atas meja. Kunyahan Balqis berkurang kelajuannya. 


Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side



"Saya sayang awak.. Kalau ada apa apa... Cakap je kay...?" Ingat apa tadi... Balqis mengeratkan genggaman.. "Kay.." Mata mereka bertaut..


Insha Allah
Insha Allah
Insha Allah
 you’ll find your way



Huh!? 
Bile pulak mamak start pasang lagu nasyid kat warung nieyh? Balqis memanjangkan leher.. Cuba mendengar lebih jelas lagu yang berkumandang. "Siapa nyanyi yek lagu ni...?" Haziq melihat radio kecil di kaunter mamak tu.. Macam ada nama penyanyi tu je kat situ.. "Entah.." Isy.. Ada ka tanya aku lagu nasyid.. Ingat muka aku ni muka nasyid ke...? 


"Oh.. Takpe la.. " Izzati tau kot... Tangan tadi dilepaskan. Nak sambung makan. Sanggup tahan sarapan kat rumah nak lunch dengan si Haziq kesayangan. Gile ke nak sarapan semeja dengan parents yang tengah berbaki angin Katrina semalam tu. Nasib baik je parents dia bukan jenis angkat tali pingang ke, rotan ke. Kalau tak memang lari betul la...


"Cepat makan.. Nak bawak pergi somewhere ni.." Haziq menguis nasi goreng di pinggan. "Kay.." Balqis menghalakan sudu berisi maggi goreng ke bibir Haziq.. Haziq sempat ketawa kecil sebelum membuka mulut.. Balqis... Kejap je lagi... 



Insha Allah
Insha Allah
Insha Allah
 you’ll find your way

****************************************************************************



Wallet coklat pasar malam dikeluarkan dari poket belakang. Dua keping not merah dikeluarkan lalu dihulurkan kepada jurujual di kaunter. Buku oren hitam yang dah siap berplastik tu dihulurkan kepada Loqman. "Umar,  Paan.." Dipanggil sahabat-sahabatnya yang berada di rak komik dan majalah yang tak jauh dari kaunter wang itu. 



Umar meletakkan kembali Kreko ke tempatnya. Paan pula berjalan ke kaunter dengan majalah di tangan. "Majalah apa tu?" Soal Umar. Paan menunjukkan cover majalah. Solusi.. Huh?! "Bukan selama ni kau layan Revolution ke? Ni asal menyimpang jauh ni..?" 


"Brother, aku menyimpang ke jalan yang lurus tau.. Berevolusi untuk mencari solusi... Salah ke?" "He.. Takde la... Alhamdulillah.." Umar senyum. Paan meletakkan majalah tadi ke atas kaunter. "Ni mesti Iekin punya kan? Kitab La Tahzan tu dia dah khatam ke?" Paan menduga. "Tah.. Tapi dia suruh aku baca dulu.. Dia dah baca dah kawan dia punya..." Loqman mengeluarkan buku tadi. Versus... 


"Macam-macam.." Not hijau tua dkeluarkan. 


Pintu ditolak. Loqman melihat tak ramai orang yang berjalan di ibu kota harini. Ada la sepasang dua pasangan. Yang berkumpulan. Yang berseorang pun ada.. "Nak makan mana?" Paan memegang perutnya. 
"Dekat..." Kata Loqman tergantung apabila terpandang dua insan di hujung simpang yang tengah mereka lintasi. Paan dan Umar pun berhenti skali.. 


Tu kan... Balqis... Balqis seperti menjerit sesuatu kepada si jejaka. Pang! Selamat lima jari jejaka melekat di pipi kanan Balqis.. "Weyh.. Loq.. Jum la blah.. Tak yah masuk campur rumah tangga orang.. " kata Umar..Tu bukan rumah tangga.. Si jejaka seakan tak mengendahkan mata yang memandang. Dan mereka yang lalu lalang pun tak mahu ambil peduli. 


"Woi!!!" Paan dah jerit dulu. Apekes member aku ni? Balqis dan si jejaka memandang mereka bertiga. Balqis  lemah.. Pucat.. "BLAH LA KORANG!! JANGAN MASUK CAMPUR!!!" Si jejaka menyahut kembali. Darah Paan semakin mengelegak. Umar semakin cuak. Loqman.. Dilema.. Nak tolong ke...? Si jejaka merentap tubuh gadis dan cuba menyeretnya. Balqis melawan.. "Tak nak...!" 


"Urgh...!" Paan menghulurkan plastik berisi Solusi kepada Umar lalu menerpa ke arah jejaka. "Jantan tak guna...!" Tubuh Balqis dicampak ke dinding. Terjatuh.. Haziq cuba menepis tumbukan Paan lalu membalas dengan tumbbukan. Kena! Paan memegang perut.. Sakit der!! Kali ini lutut Haziq bertemu perut Paan. Tak boleh jadi..! Loqman menghulurkan plastik Versusnya juga kepada Umar.


Tumbukan Haziq ditepis kemas lalu mengenakan tumbukan padu ke wajahnya. Baru sahaja Haziq ingin membalas semula tetapi sudah ditendang Loqman. Haziq memegang perut dan wajahnya.. Sakit.. Sekilas wajah Balqis ditenung sebelum Haziq melarikan diri...


"Awak oke...?" Loqman menghampiri Balqis.. Wajah Balqis yang jelas ketakutan dipandang.


Kemeja putih.. Seluar slack.. Spacky... 


Mamat skema..?


************************************************


Whoa.. Nak dekat sebulan gak tak tulis cerita ni.. He.. Harap korang enjoy.. N thanks for support!! XD  





Ref - InsyaAllah - Maher Zain (Awakening Records)
      - Solusi - islamic magazine 
      - Revolution - Skaters magazine
      - Versus - Hlovate (Jemari Seni Pub) 




JUST SHARIN.... :-)

Sunday, July 10, 2011

~Lifeless Life~

Terasa lama dah tak jengok blog ni... He.. Sumpah rindu... Nak kata sebab busy.. Yer la kot.. Lagipun internet access sangat limited di sini... Nak post cerita sangat pun... Idea tak berkembang. Nak post diari... Takde apa sangat yang seronok untuk dikongsi... Mungkin ada la kot... He.. Induction untuk ahli Peers haritu.. Sumpah best.. Even some aktiviti macam fear factor je... Tapi totally best...  Rugi la siapa tak join...!! Hehe...

   
Kumpulanku yang bertagline kan kachak n cool....  He.. Naruto!!

Tapi tu la.. Tak boleh nak harapkan semuanya indah 24/7... Assignment dah macam Ghost Rider je mengejar dari belakang. Nak nak lagi GC tu.. Seminggu 4 paper nak.. Dah la nak redo je.. Aku pulak dengan selambenye mengsubmit A3 yang hasilnya macam LRT langgar Komuter tu.. Macam kata che Fawa, todak langgar Singapura.. 2 minggu dan hasilnya tetap sama.. Kekadang rasa i'm not belong je... Tapi tak bole gve up.. Kan?
Allah swt. berfirm
an :Allah swt. berfirman :
"Hai anak-anakku, pergilah kamu, maka carilah berita tentang Yusuf dan saudaranya dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir."
(QS. Yusuf : 87)

Tapi bukan mudah.. Tengok member yang buat GC macam awek je.. Menghadap je.. Silap setitik je buat lain.. I'm just nt that strong la... He.. Sorry for being negatif la... Tapi sumpah down.. Rasa nak buat kerja dalam gua je... Tapi mana nak cari gua dalam CFS ni...? Hu......

Teringgat kata Brother Amar time usrah mengejut haritu... "Bila ada masalah, kita kena pulang pada Allah..." Tapi of course.. Bukan time ada masalah je kan...? Kena la ingat Dia 24/7... The man who decided to change on 12th dies on the 11th.. Tak nak jadi mamat tu... Rugi.. Tapi bukan mudah untk megambil langkah.. Mungkin sebab dah berat.. Dulu mula-mula masuk rajin je turun masjid.. Sekarang solat tu buat pun ada je yang buat ujung-ujung...  Mungkin sebab tu aku makin bermasalah.. Setiap cell dalam tubuh rindukan Dia.. Tapi sendiri lebih prefer dunia... 

Macam kata Ahmad the Rebel dalam cerita The 11th Hour tu... 

Dont turn your back on God, nothing in life is guaranteed. But if you keep your faith, some things will be clearer than others.  

So, macam mane...? Hm.. Ya Allah.. Berikanlah aku TaufikMu,,,,,, Dan semua orang tau itulah sebab kita hidup atas dunia ni.. Untuk beribadat kepadaNya.. Jawapan skema yang semua orang tau.. Tapi sikit pun tak terkesan kat hati.
Kalau tak takdenye dengar orang buat Babi dan Bodo jad kata ganti nama... Tensyen aku... Memang ramai orang dah lupa.. Kenapa mereka hidup atas dunia.. Dan frankly, aku pun selalu je lupa...

Dan bla kita hidup dan buat aktiviti seharian buat BUKAN berkiblatkanNya.. We are having a lifeless life actually.. Kerana kita di atas dunia ni cuma bermusafiir.... Just pondok rehat untuk lepas lelah kejap.. Bukan buat macam RnR.. Makan, tido.. Kerana itula yang sering kita hanyut...(ayat HLOVATE - Contengan Jalanan) He.. 

Banyak benda ni kita  dah tau sebenarnya.. Tapi we just take it for granted.. Tak hargai nikmat Islam dan Iman yang dah diberi tu... Tak hargai ilmu ukhrawi yang ada dalam kepala tu.. Takkan nak tunggu dajal keluar baru nak  taubat..?   

Jom.. 
Cari tujuan hidup...
Makna hidup..
Kenapa kita hidup....
Untuk siapa kita hidup....
Bagaimana untuk hidup...

Sebelum mati menjelma... Dan hidup tika itu hanya past tense semata...

(Nasihat yang lebih kepada diri.. )

Just Sharing....