Saturday, March 26, 2011

SWEET REMEDY (i)

Sweater hitam ditarik rapat ke tubuh. Entah mengapa, rasa sejuk semacam pula harini. Nak demam ke? Rambut yang diwarna perang sedikit dilurut ke belakang. Suasana yang sedikit sesak pagi itu merimaskannya. Beg sandang putih emasnya ditarik sedikit. Lengan jejaka yang berjalan bersama disebelah kirinya dipeluk. Mencari kekuatan disebalik rasa kurang sihatnya itu. Kepala disandarkan. Si jejaka tadi tersenyum.

 "Awak, saya penat la.." kata si gadis.

 "Hm? Tapi kita baru je sampai.." si jejaka menjawab.

"er.. kita makan dulu la ye..?" si gadis membuat muka manja.

"he.. anything for my dear la..." si jejaka tadi mengucup lembut kepala si gadis.

***************************************************************

Kentang goreng dibawa ke bibir. La Tahzan karya Dr.'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni yang baru itu dibeleknya sekali lagi. Bukan unttuk dirinya. Tetapi Iekin yang meminta. Pelajar peremppuan tak dibenarkan keluar outing dengan hari yang sama dengan pelajar lelaki. Semalam pula Iekin terlalu sibuk  dengan  Minnggu Bahasa Melayunya. Dan kebetulan dialah rakan lelaki yang rapat dengan Iekin. Cinta? He. Jauh lagi.. Kawan.. 

"Loq! jauh kau menung.. Apsal?" teguran Umar membawa Loqman kembali ke alam nyata.

"Huh? Jauh ke? tak la..." senyum diukir segaris. Iyeala tu... 

Sebatang lagi fries dibawa ke bibir. Dia, Umar dan Farhan memang tiga sekawan yang memang akan keluar bersama. Outing ke.. School trip ke... Balik kampung pun sekali biar lain kampung dan negeri. La Tahzan disimpan kembali ke dalam plastik. Teringat pesan Iekin. 

Kau tengok-tegok la buku tu nanti.. Ya?

Aku cuma mengangguk ketika itu. La Tahzan bermaksud jangan bersedih. Aku tak sedih.. Tak perlu kot buku tu. Buat masa ni.. Mata kemudian tertarik pada seorang gadis yang yang duduk di meja hujung. Sweater hitam, rambut perang hitam dan rupanya yang manis. Cantiknya... Sekejap fikiran Loqman melayang..

Dan datang seorang lelaki yang tinggi sedikit berambut cacak dan berbaju belang hitam putih membawa tray McD duduk di hadapan si gadis. Si gadis tersenyum.  Dan entah bagaimana. Mata Loqman dan si gadis bertemu, Cepat-cepat pandangan dilarikan kepada Umar dan Farhan yang enntah dah berccerita  apa. Terasa malu merenung si gadis itu.. Astarghfirullah.. Dan tanpa disedari, matanya mencuri pandang lagi ke arah si gadis yang sedang disuap nuget oleh si jejaka tadi.

************************************************

Pehal la mamat skema ni asyik usha aku je...? Pandangan si skema tadi beralih ke rakan-rakannya. Kemeja putih, slack hitam, kasut hitam, tie... SKEMA.. Si jejaka duduk di hadapannya bersama nuget mcchicken, big mac, fries dan 2 pepsi regular.Mata si gadis berlaih kembali kepada si jejaka.

"Nah, yang.." si jejaka menghulurkan nuget yang dibelah dua pada bibir si gadis.Si gadis tertawa kecil. Terasa macam budak kecil pun ada.. hehe.. Wajah jejaka dipandang manja sebelum menggigit kecil nuget yang dihulur tadi.Demam yang terasa datang tiba-tiba dah pergi jauh... he... Glad to have someone that cares.....

Dan terasa mamat skema memandang lagi.  

*************************************************

Kasih kekasih di earphone telinga kanan seolah tidak berirama langsung pabila seluruh deria tertumpu pada soalan kimia yang patutnya mudah itu. Tapi terasa macam belajar bahasa Greek la pulak. 

What are the ions present in aqueous solution of copper (ii) sulphate?

Apanya la soalan ni. Haru betul. Macam mana boleh tak ingat macam mana nak buat? Aduh. Matanya melihat keliling. Kebanyakan classmate tengah buat homework. Ada yang tidur. Letih outing agaknya. La Tahzan dah diberi kepada Iekin.Gembira bukan main lagi. Soalan tadi ditenung semula. Loq, loq.. Macam mana nak jadi doc camni...?

"Loqman Adam Zheriff....." Bahunya ditepuk perlahan oleh Umar. Kerusi kosong disebelah ditarik perlahan.

"Farhan mana?" mata Umar melihat meja Farhan dengan buku yang tersusun kemas itu.

"Dorm kot.." senyum segaris diukir. Antara mereka bertiga. Farhan yang paling nakal. Mana tak nye.. Naik dorm waktu prep sebab nak tido... kantoi dek warden naye je..

Umar mengangguk faham. Kelas prep malam ni terasa sunyi. Mungkin masing-masing letih. Mata yang juga kian lesu itu dipaksa membaca sekali lagi soalan.. 

Apa ion copper ek..?

"Umar, ni macam mana ekk?" buku tadi ditolak perlahan ke meja Farhan. Sekilas Umar membaca.

"La... kimia ke? Minta maaaf la bro.. Aku pun usha Iekin punya tadi." Hu.. Mata berlari ke arah Iekin yang duduk di meja hadapan. Kalkulator 570 di tangan. Satu je penerangan.. Add math.. 

"Dia tengah dalam mod DONT DISTURB la.." kata Loq. 

"Pergi je..Dia kan oke ngan kau.. "

Loq senyap.. Dilema... Nak pegi ke?

"K la... aku nak buat bio.. pastu fizik pulak.. hehe.. " Dan Umar mengangkat kaki meinggalkan Loq.. 

Fizik! Aha.. ni baru la aku... Buku kimia ditutup. Niat nak tanya soalan tu kat orang lain pun ditutup sekali. Spotlight Kimia SPM kini berganti dengan Longmn Fizik SPM. 

Sekarang aku pulak masuk mod DONT DISTURB!



Saturday, March 12, 2011

-Memoirs-(iii)

Pen kilometrico hitam beralih tangan lagi bersama kertas A4 yang dah bertulis separuh contact number ahli Acruxnya itu.. Yusuf menulis noombor telefonnya itu sedang kepala mengingat perkara lain... Si Laila ni.. Dengan mamat tadi ke...? Pen tadi diserah pula kepada orang disebelah bersama kertas A4... Dan Laila yang duduk sel;ang 2 baris dihadapannya dicuri pandang...

Gamat sekali ruang dewan itu.. Namun hanya sunyi yang didengari Yusuf.. Gelagat kumpulan Polaris yang sedang asyik dengan sketsanya langsung tak menarik perhatian.. Adoyai... Yusuf.. Entah berapa detik dah berlalu.. Tiba-tiba suara juruacara di hadapan menarik kembali Yusuf ke alam nyata...

"The next team that will give their presentation is.... Acrux..!!!!!!"

Ah sudah... Masing-masing tergamam sementara... "Oi.. Jom la.. Kita tu..." Satu suara entah dari mana datang di tengah-tengah kumpulan.. Dan seorang demi seorang melangkah keluar ke pentas.. Posisi masing-masing diambil.. Mic yang tadi dipegang juruacara dipindah ke tangan Yusuf.. Adoyai.. Camner bole sampai mic kat aku lak ni... Hm.. Dan seisi dewan terasa senyap... Entah macam mana... Spontan je la.. Sape suruh kau jadi ketua tak rasmi team ni..? Haru....

"So.. Assalamualaikum and a very good morning to everyone..." Bantai je la.. Bukan hebat pon english aku..

"We.. From Acrux,, Will sing a song..." mata Yusuf beralih dari audiens ke arah teammates...

"This song is from our heart.. Our bonds... Everything that we have been through all this time together... Everything that we have learned... " Satu-satu wajah team mates dipandang...

"Friendships... Work together.. " matanya terhenti ke arah Laila...

"And even love...."  Huh.? Yusuf... Darah terasa menyerbu ke muka dah ni... Adoyai... dan Laila pon macam nak telan je si Yusuf waktu tu...

"Hope you enjoy...." Isyarat diberi kepada teammates... Azmi dah sedia dengar gitar kapokya yang memang pantang ditinggalkan walau ke mana.. Tapi terpaksa berpisah gak la seminggu.. Sebab tak boleh bawak gitar time aktiviti...

"1.. 2..." Dan Azmi masuk dengan kord C...