Wednesday, January 26, 2011

PAGI YANG GELAP...

Maunya tak gelap... Dah lepakdalam cc pepagi buta yang berlampukan cahaya kuning ala-ala lampu romantis di malam pertama mahupun malam notalgia abadi... Aha... The devil is laughing again.....

UNTITLED (ice breaking...)

   Pilot shaker digoncang perlahan... Mengeluarkan lead yang kian tumpul... Lukisan jantung yang ingin dibuat ulang kaji sebagai ujian ingatan tu disambung semula... Syaza menekan pelipisnya perlahan.. "Get a grip, Syaza..!! PMR dah dekat..!!" Hatinya bermonolog sendiri... Vena cava yang separuh siap itu ditinggalkan sebentar.. Pilot shaker diletak perlahan ke atas meja.. Cermin mata dibawa ke meja... Dilihat sekeliling.. Biarpun samar-samar, tau yang dalam library tu dah tak ramai... Pukul berapa agaknya.. JAm tak bawak.. Aduh....

  Nafas ditarik perlahan... Pilot shaker diambil semula.. Dan rupa keratan rentas jantung semakin jelas di atas A4...

   "Assalamualaikum..!" Salam yang entah datang darimana membuatkan dia hampir melatah... Matanya menjeling tajam ke arah si pemanggil... Mamat ni.. Kasi salam elok-elok tak boleh ke...?

  "Waalaikumsalam..." Perlahan menjawab...

  "Dengar kau extend sampai petang..?" tanya Azrai.. Sudah gaharu cendana pula... Syaza mengangguk perlahan... "kau.? kenapa tak balik lagi..?"

" Koop... baru habis... hehe..." buku Geografi Syaza ditarik perlahan...

 Jantung dah siap... Nak label je... Monolog dalaman lagi...

"pergi la balik..." di bawah sedar dia menutur....

"Tunggu kau la... Bosan la balik sorang.." buku Geografi diselak perlahan... Satu patah pun tak melekat di otak Azrai...

Yang ni.. Aorta kan..? Pilot shaker meluncur laju... Vena cava...

Atrium... Kiri ke kanan ni...?

"Geografi dah study...?" Soal Azrai..

" Dah..." otak masih di atas A4...

"Perhatian kepada semua pelajar...." Ketua librarian dah mula bersuara..!!! Right..!!! Laju Syaza melabel...

Tolong la sempat....

"Sila kosongkan library sekarang jug...."

"SIAP..!!!!!" Syaza menjerit gembira... Dan senyumannya berhenti melihat mata keua librian, Azrai dan seisi pusat sumber  tertumpu ke arahnya... Ups....

Dan Azrai dah menutup mulut menahan ketawa...

MOONLIGHT SONATA...

Tengah malam... Online kat CC... Memang moonlight sonata la aku kat dalam ni... Hehe... Sakit pale lah... Nak tukar kerja g Carefour Mid... MAk pulak tak kasi.. Saya dah besar la... TApi suara tu hanya menjerit kat dalam dada.... Tak berani bersuara.. Takut dikata derhaka.... tak nak jadi tugu negara... hehe... memang la neuron dalam otak tngah buat radioactive decay....