Friday, November 18, 2011
~ Melodi November ~
Ice mengangguk perlahan. "Bukan selalu datang tempat orang. Kena la grab everything. Kat Malaysia mana boleh buat benda ni... " Syaf tersenyum. Ice.. Atau nama ICnya Quwais bin Syamil memang kalau dah tekad, Gunung Everest pun nampak macam bumper jalan je... Syaf membuka cap Billabong lalu diletak di atas lantai hadapan mereka. "First song?"
Ice memandang langit sebentar. Cuba menghiraukan mata mata yang dah boleh agak dorang nak buat ape dekat tepi jalan tengah tengah London yang agak ramai orang lalu lalang tu.. Senyum diukir..
"The Queen of My Heart jom! "
Syaf ketawa perlahan.. "Kau memang dah angau.." Dan gitar akustik yang tadi trsandar dicapai...
Monday, October 31, 2011
~ Antara Aku.. Sushi.. dan Dia...~
Lama gila tak post benda kat sini.. Seriously.. Sangatlah bz...
Cuti sem yg 3 minggu setengah ni saye korbankan 2 minggu setengah kat sushi king mid valley... kalau nak lagi tepat.. Sushi King Mid Valley Lower Ground tu...
macam macam sangat saye belaja... tak pernah pernah minat mkan sushi.. tetibe kena hafal menu siap dengan care nak buat sekali... Lagi best dia ajar saye buat Maki.. hehe.. arep jeles sebab dia more to Gunkan je..
![]() |
| Yang ni Maki.. Nampak senang..?? Try dulu laaaa.... Nak balut bagi shape satu hal.. Nak potong satu hal... Ahax... |
he... tu roughly je... so.. tutup crite sushi...
pasal dia... he...
SAYA SAYANG DIA!!!!!!
SORRY KALAU RASE OVER... tapi ni blog saye... sukati saye la.. hehe.. :P
esok nak masuk CFS balik da... wish me luck!! :)
Saturday, October 1, 2011
~ Rant... ~
Wednesday, September 7, 2011
~ Sweet Remedy (xii) ~
"Thanks.." ucap Balqis perlahan. wajah Loqman dipandang sebentar sebelum kaki dah pusing melangkah ke arah rumahnya. Serik... Serik dengan semua ni... Macam mana Haziq.... Sanggup.....
Mata meniti tangga usang di rumah kedai tu. Nampak menakutkan la tempat ni. "Haziq... Kita nak pergi mana ni?" Tangan dah ditarik mengikut Haziq naik ke atas. Mata pantas menangkap signboard di hujung tangga.
Rumah Tumpangan
"Huh? Haziq.. Nak buat apa dekat sini?" Tangan dah ditarik dari gengaman Haziq. "Awak kata awak sayang saya kan...." "Memanglah... Tapi... Ni..?" Haziq tersenyum nakal.
"Ye la... Awak kena la buktikan pada saya... " Tangan Balqis ditarik semula. Lebih erat. Gila!
"Tak nak lah!" Tangan ditarik semula lalu Balqis laju melangkah turun. Haziq mengeleng perlahan dengan sengih kelat lalu laju mengikut Balqis.
"Balqis, stop..." Tanpa mempeduli panggilan Haziq, kaki Balqis terus berlari... Mata mula terasa hangat.. Dikhianat... Tiba-tiba tangan terasa direntap dari belakang.
"Woi betina! Kau dah habiskan duit, masa aku.. Bila aku mintak tu je kau tak nak bagi!? "
Hati terasa bagai direntap. Betina..? "Kenapa dengan awak ni ha...??" PANG!! Tapak tangan Haziq dah melekat di pipi Balqis..
"Wooi!!!" Dua kepala memandang ke arah suara yang tak diundang..... Selebihnya....
Loqman melihat kelibat Balqis yang perlahan mengecil dimamah jarak. Balqis yang mintak teksi tu berhenti jauh sikit dari rumah.. Faham....
May Allah bless you, sis....
*************************************************
Pagar dibuka perlahan. Pandangan jatuh pada kelibat yang sedang menyapu di halaman teres setingkat tu. Terasa nak nangis.. "Ibu.." Terus wanita itu didakapnya. Ibunya hanya mampu memeluk kembali.. Seribu persoalan muncul..
Tapi.. Biarlah dahulu...
Kepala Balqis diusap perlahan lalu dikucup....
Balqis....
he.. maaf lambat...
sibuk dan ketandusan idea lah.... hehehehe... >.<
pepehal... just sharin....
hehe..
Monday, September 5, 2011
~ Positif Jom!!!! ~
Saturday, August 20, 2011
~ AsCellA ~ *first page*
“Smash!!!!!” Aida menjerit kuat dari luar court. Dah mengalahkan orang yang bermain je. Awanis membalas servis Laila dengan pukulan biasa. Laila membuat mimik muka ala Misbun Sidek lalu mengawangkan raket dengan aksi seorang atlet. Dan….
Shuttlecock menyembah bumi diperhatikan 3 kepala. Senyap seketika….. Laila terlepas.. Tawa Awanis dan Aida pecah.. “Memang tak boleh jadi atlet la kau… “ Aida berkata dalam tawa yang masih bersisa. Laila dah berjalan ke tepi court ke tempat duduk Aida. Muka muncung merajuk. “Tak hingin pun la” Awanis juga kini melangkah ke arah mereka.
Dah hampir satu jam mereka bermain badminton di situ bergiilir. Sekali sekala beriadah pun seronok je.. Takdela lemak dalam badan berkumpul macam lemak walrus. Raket pun dua je. Ihsan Aida.. Dah dia je yang duduk dekat dengan sekolah separa asrama tu. Hari ahad tu kebanyakan tempat beriadah lengang. Mungkin sebab ramai yang balik. Dan waktu macam ni majoriti baru mula nak melangkah masuk ke pagar sekolah. Kebanyakan mereka kalau boleh tak nak pun masuk.
Botol plastik berisi air putih itu dibawa ke bibir. Melepas dahaga. Laila mula memasukkan raket ke dalam sarungnya. Aida juga mula mengemas. Shuttlecock tadi diambil. Dilihat sekejap. Bulunya masih cukup biar banyak yang dah mula berlubang. Takpe.. Boleh pakai lagi.. Fikirnya Lalu dicampakkan dalam beg gym oatcrunchnya. “Jom naik….” Awanis mengajak. Botol air tadi dah diletakkan dalam beg sandangnya.
Lagi dua kepala mengangguk. Aida melihat jam tangan. 6 setengah. Perfect.. Mandi. Pastu dinner.. Life asrama ni kena pandai urus masa. Er.. Kat luar pun.. He. Tapi itula yang dia belajar sejak duduk asrama biar baru dua minggu. Urus masa.. Kalau tak rancang dengan baik, alamat migrain datang percuma la..
“Aida, Awanis, puasa jom esok?” Dan juga belajar buat ibadat sunat.. Rasa macam rugi pulak tak masuk asrama dari tingkatan 4 dulu. Tapi its better late than never right? But its better to never be late.. Suara menjawab dalam kepala. Aida mengukir senyum. “Sure…” “InsyaAllah…”
*********************************************
Miss the schooldays, seriously...huhu.. cerita yang ini mungkin ada yang akan kata.. "eh.. macam aku.." haha.. well, perhaps youre right.. cerita yang ini aku kutip dari memori...
Cerita aku.. Cerita dia.. Cerita mereka..
Dan sengaja aku overkan dari realiti...
Kalau suka.. thanks.. kalau tak, cant help...
again... i'm just sharing...
:))))
Friday, August 12, 2011
My Heart...
~ Melodi Hati ~
At the same time...Naluri lelaki aku kini aktif kembali.. Gila punya ayat.. Tapi tu hakikat.. 2 tahun kat boys school dan kini ada kat tempat di mana warna pelangi lengkap kembali... Rasa macam ada Katrina dekat left atrium... Huh?! Haha.. Well.. Mungkin apa yng tertulis kat bawah ni macam melampau.. Tapi tu hakikat... Bukan hanya aku.. Tetapi hampir semua remaja tak kisah laki or perempuan...
Dan dengarlah kini... Sebuah bicara hati...
Aku sedang berjalan menuju ke studio yang bagiku sederhana namun cukup selesa sekali untuk belajar di sana... T2 dan art pad size A3 di tangan kananku sememangnya mmemberi identiti kepadaku bahawa aku budak AED... Sekilas ku pandang jam di tangan.. Sepuluh minit lagi.. BAM!!!
Oh!!! What have you done..????
"Sorry sangat sangat!!" Kataku dengan sedikit gelabah. Kelihatan buku tebal 2 inci dan kertas A4 bertulis yang lain bertaburan di lantai.Aku tunduk untuk bersama mengutipnya. "Tak pe.. " Itu saja yang hanya dapat aku dengar dari gadis beertudung biru muda itu..
Chemistry.... Aku hulurkan buku itu kepadanya..Sekilas aku mlihat wajahnya yang putih bersih itu.. Subhanallah.. Cantiknya... Dia cuma tersenyum.. Buku dan kertas tadi bertukar tangan..
"Maaf.." Kataku sekali lagi..
"Takpe.. Saya pun tak tengok jalan tadi.." bangun. Pelajar lain yang lalu lalang di Laluan Siswa itu seolah tak mahu campur tangan dengan kemalangan tadi.. Alah.. Kecil je..
Dia sekali lagi menghadiahkan senyuman lalu berjalan pergi ke arah yang bertentngan dari ku... Mataku seolah tak mahu meninggalkan kelibat tubuhnya... Siapa kamu..??
******************************************
Hati 1 : Cantik kan dia....?
Hati 2 : Sangat cantik...
Hati 1 : Kau fikir peribadinya juga cantik?
Hati 2 : InsyaAllah.. Husnuszhon.....
Hati 1 : Hah! Jadi, apa yang kau tunggu lagi..?? Pergi lah
menyunting dia.. Buatkan dia pacar mu... Boleh ada teman
bicara.. Lain jantina... Hah!
Hati 2 : Pacar? Apa kau sudah gila? Mana mungkin aku berpacarn
di waktu begini.. Aku mahu belajar dahulu..
Hati 1 : Aduh.. Bukan kau tidak boleh belajar kalau berpacaran...
Hati 2 : Iya.. Tapi ia pasti menganggu.. Aku kenal diriku.. Dan
aku tak mahu merisikokan masa depanku dan juga dia...
Hati 1 : Bagaimana jika dia diambil orang? Pasti kau akan sedih
nanti!! Melepas kau.. Baru padan muka kau...
Hati 2 : Jika dia benar juga suka sama aku.. Dia pasti menunggu
aku.. Kalau jodoh tak ke mana..
Hati 1 : Ia.. Tapi usaha perlu ada!!! Ngorat dia!!
Hati 2 : Benar... Tapi bukan sekarang.. Mana kau pasti rasa yang
dirasakan ialah cinta..? Mungkin ia cuma rasa tertarik
dari lelaki kepada perempuan..
Hati 1 : Couple la dengan dia.. Baru tahu.....
Hati 2 : Isy... Couple tu kan haram.. Lagipun... Ah.. Rasa tk
perlu aku ulang perkara ini...
Hati 1 : Haha.. Kau hampir tewas.. Katakan la padanya kau suka
sama dia..
Hati 2 : Ini bukan masanya untuk bercinta.. Ya.. Aku tak nafikan
aku rasa suka sama dia.. Tapi percayalah wahai
sahabatku... Kalau dia yang diciptakan untukku.. Pasti
kan bertemu juga.. Andai dia couple sama lelaki lain..
Bererti dia mendapat yang lebih baik dariku dan aku juga
InsyaAllah akan mendapat bidadari yang akan menantiku di
syurga kelak.. Tidak ada yang perlu dirisaukan tentang
cinta.. Kerana ia adalah rezki yang telah
ditentukanNya..
Hati 1 : Bukan hari-hari kau berjumpa gadis seperti itu.. Dia
baik.. alim.. dan..
Hati 2 : Maka dengan sebab itu la lagi aku tidak berhak memiliki
dia.. Aku bukan seorang yang baik.. Ya.. Memang aku
mencari pasangan yang baik.. Tapi Allah SWT sudah
berfirman dalam surah AnNur ayat 26.. Perempuan yang
baik untuk lelaki yang baik.. Dan aku belum cukup baik
untuknya..
Hati 1 : Mengarut!!
Hati 2 : Bialah apa yang kau kata.. Aku akan pasikan jasad ini
teguh di dalam jalan cinta sejati ini.. Aku ingin
mencari diri seblum aku boleh menjaga orang lain.. Dan
membawa cinta ke jalan yang halal... Hati 1, tetapkan
lah niat study di sini untuk belajar.. KeranaNya... Ya?
Usah difikir soal dia.. Yang Maha Pengatur sudah
aturkan segalanya..
Hati 1 : Nampaknya kau begitu teguh..
Hati 2 : Aku doakan terus teguh begini... InsyaAllah....
*****************************************
Event kat atas tak berlaku di dunia realiti ya.. Bukan pada saya.. Tu cuma klise pertemuan yang saya ceduk.. Tapi bicara hati itu memang berlaku.. Kan? Dalam diri kamu juga.. He.. Fikirkan la yang terbaik.. Tak perlu ikut rasa semata.. Cinta itu anugerah.. Dan akal perlu diiringi dalam cinta..
He.. Bersbarla.. Mungkin kita pedih bila tengok orang couple sini sana dan kita single.. Mungkin kita sakit bila nak alihkan pandangan dari si dia yang cantik.. Tapi percaya lah...
Cinta itu ada untuk anda.. Buat masa ni, belajarlah... Demi masa depn cintamu jua... Dan carilah cinta SI DIA PEMILIK SEGALA CINTA.. Moga cinta yang hakiki itu membawa cinta kita sampai ke syurga.. InsyaAllah....
Saya cuma berkongsi....
*Post peringatan untuk saya juga...
Tuesday, August 9, 2011
~ My Hues ~
Salam Ramadhan...
Hm.... Lama dah tak berbloging ni... Straight to the point je la harini.. tadi bukak facebook.. terbaca status seorang gadis ni...
"susah nak cari laki yg betul2 beragama zaman skrg ni"
Tak perlu la dibahaskan maksud tersirat ke tersurat ke... Semua orang faham maksud ayat di atas... Dan bukan untuk dinafikan pun.. Sungguh.. Susah nak cari laki yang betul betul faham dan amalkan apa yang difahami tu...Islam.. Bukan sekadar atas IC... Bukan atas nama Islamic University... Tapi untik dihayati dan diamali... Dah kata Addin.. The way of life...
Dan sejujurnya...
Pakcik terasa dengan ayat di atas..
Pakcik pun bukanlah lelaki yang baik... Kata pakcik dengan semua orang, pakcik nak berubah.. Pakcik cuba.. Tapi bila difikir balik... I just dont try it hard enough..
Masih di takuk yang dulu...
Masih Si Syamil yang dulu..
Maaflah.... Mengecewakan....
Tapi.. Kalau korang ingat pakcik hipokrit, tu salah...
Segala post yang islamic tu lebih kepada diri sendiri.. Dan pakcik cuma berkongsi...
Pada setengah orang mungkin nampak pakcik baik.. Ada pulak yang nampak pakcik ni cam jahat.... Hm..Semua orang ada jerangkung in their closet kan.... dan kekadang pakcik tunjuk jerangkung pakcik...
Hm... Pepehal...
Harap pakcik betul betul berubah sebelum masa tu....
~ Pakcik ~
Sunday, July 31, 2011
~ Ramadhan Strikes Back!!! ~
Ah hahh...... Salam alaik wahai sahabat-sahabat ku.....
Huhu.. Berskema jap... Ramadhan akan menjengah kita lagi... Alhamdulillah... Bukan selalu ada orang nak offer kita hadiah kan? Dan kali ni, Allah SWT dah bagi sale untuk akhirat buat kita!! Sebulan tuh!! Sale ape? Sale pahala la... Kita kena beli dengan amal ibadat....
Tapi sayang.. Ramai manusia melihat Ramadhan tak lebih dari acara tahunan..... Yang puasanya dikeluhi.. Tarawihnya disedehi... Datangnya Ramadhan dikatakan ujian.. Ya.. Memang ujian... Tapi mereka melihat ujian ini hanya sebulan... Dan meraikan perginya Ramadhan tika Syawal menjelma...
Sedang Ramadhan itu lebih dari hanya puasa...
Ramadhan itu lebih dari Tarawih 20 rakaat...
Ramadhan itu lebih dari bershopping setiap petang di bazaar....
Ramadhan itu sendiri membawa keberkatan... Keampunan... DariNya..
Kata orang.. Ramadhan itu semacam kursus untuk menjadi insan yang lebih baik di mataNya...
Cuma perlu pandai mengambil peluang...
Diharapkan...
Ramadhan kita yang ini lebih baik dari sebelumnya...
InsyaAllah..... >.<
Juz sharin...
*******************************************
kekadang bile tengok blog orang lain.. Waa... Cantiknye.. Bestnye isi dia... Rase jelez a... Huhu.. Rase tu datang sendiri... He.. Tapi pakcik suke je how my blog right now.. I wanna it be like that.. Maaf la kalau ta suke....
Saturday, July 16, 2011
Sweet Remedy (xi)
"Awak oke..?" Haziq yang sedari tadi memandang mula bersuara.
"Oke..." Sepatah.
Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
"Serious..?"
"Hm.. Bawak saye lari rumah... Boleh..?" Huh?! "Ape.?" Biar betul minah ni..?
Ketawa Balqis pecah. "Awak ingat saya serious ke...."
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
"Saye cuma tension dengan rumah.. Parents.. Tau je la..." Satu lagi suapan masuk ke dalam mulut. Oh...
"Balqis..." tangan Haziq memegang tangan Balqis di atas meja. Kunyahan Balqis berkurang kelajuannya.
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
"Saya sayang awak.. Kalau ada apa apa... Cakap je kay...?" Ingat apa tadi... Balqis mengeratkan genggaman.. "Kay.." Mata mereka bertaut..
Insha Allah
Insha Allah
Insha Allah
you’ll find your way
Huh!?
Bile pulak mamak start pasang lagu nasyid kat warung nieyh? Balqis memanjangkan leher.. Cuba mendengar lebih jelas lagu yang berkumandang. "Siapa nyanyi yek lagu ni...?" Haziq melihat radio kecil di kaunter mamak tu.. Macam ada nama penyanyi tu je kat situ.. "Entah.." Isy.. Ada ka tanya aku lagu nasyid.. Ingat muka aku ni muka nasyid ke...?
"Oh.. Takpe la.. " Izzati tau kot... Tangan tadi dilepaskan. Nak sambung makan. Sanggup tahan sarapan kat rumah nak lunch dengan si Haziq kesayangan. Gile ke nak sarapan semeja dengan parents yang tengah berbaki angin Katrina semalam tu. Nasib baik je parents dia bukan jenis angkat tali pingang ke, rotan ke. Kalau tak memang lari betul la...
"Cepat makan.. Nak bawak pergi somewhere ni.." Haziq menguis nasi goreng di pinggan. "Kay.." Balqis menghalakan sudu berisi maggi goreng ke bibir Haziq.. Haziq sempat ketawa kecil sebelum membuka mulut.. Balqis... Kejap je lagi...
you’ll find your way
Wallet coklat pasar malam dikeluarkan dari poket belakang. Dua keping not merah dikeluarkan lalu dihulurkan kepada jurujual di kaunter. Buku oren hitam yang dah siap berplastik tu dihulurkan kepada Loqman. "Umar, Paan.." Dipanggil sahabat-sahabatnya yang berada di rak komik dan majalah yang tak jauh dari kaunter wang itu.
Umar meletakkan kembali Kreko ke tempatnya. Paan pula berjalan ke kaunter dengan majalah di tangan. "Majalah apa tu?" Soal Umar. Paan menunjukkan cover majalah. Solusi.. Huh?! "Bukan selama ni kau layan Revolution ke? Ni asal menyimpang jauh ni..?"
"Brother, aku menyimpang ke jalan yang lurus tau.. Berevolusi untuk mencari solusi... Salah ke?" "He.. Takde la... Alhamdulillah.." Umar senyum. Paan meletakkan majalah tadi ke atas kaunter. "Ni mesti Iekin punya kan? Kitab La Tahzan tu dia dah khatam ke?" Paan menduga. "Tah.. Tapi dia suruh aku baca dulu.. Dia dah baca dah kawan dia punya..." Loqman mengeluarkan buku tadi. Versus...
"Macam-macam.." Not hijau tua dkeluarkan.
Pintu ditolak. Loqman melihat tak ramai orang yang berjalan di ibu kota harini. Ada la sepasang dua pasangan. Yang berkumpulan. Yang berseorang pun ada.. "Nak makan mana?" Paan memegang perutnya.
"Dekat..." Kata Loqman tergantung apabila terpandang dua insan di hujung simpang yang tengah mereka lintasi. Paan dan Umar pun berhenti skali..
Tu kan... Balqis... Balqis seperti menjerit sesuatu kepada si jejaka. Pang! Selamat lima jari jejaka melekat di pipi kanan Balqis.. "Weyh.. Loq.. Jum la blah.. Tak yah masuk campur rumah tangga orang.. " kata Umar..Tu bukan rumah tangga.. Si jejaka seakan tak mengendahkan mata yang memandang. Dan mereka yang lalu lalang pun tak mahu ambil peduli.
"Woi!!!" Paan dah jerit dulu. Apekes member aku ni? Balqis dan si jejaka memandang mereka bertiga. Balqis lemah.. Pucat.. "BLAH LA KORANG!! JANGAN MASUK CAMPUR!!!" Si jejaka menyahut kembali. Darah Paan semakin mengelegak. Umar semakin cuak. Loqman.. Dilema.. Nak tolong ke...? Si jejaka merentap tubuh gadis dan cuba menyeretnya. Balqis melawan.. "Tak nak...!"
"Urgh...!" Paan menghulurkan plastik berisi Solusi kepada Umar lalu menerpa ke arah jejaka. "Jantan tak guna...!" Tubuh Balqis dicampak ke dinding. Terjatuh.. Haziq cuba menepis tumbukan Paan lalu membalas dengan tumbbukan. Kena! Paan memegang perut.. Sakit der!! Kali ini lutut Haziq bertemu perut Paan. Tak boleh jadi..! Loqman menghulurkan plastik Versusnya juga kepada Umar.
Tumbukan Haziq ditepis kemas lalu mengenakan tumbukan padu ke wajahnya. Baru sahaja Haziq ingin membalas semula tetapi sudah ditendang Loqman. Haziq memegang perut dan wajahnya.. Sakit.. Sekilas wajah Balqis ditenung sebelum Haziq melarikan diri...
"Awak oke...?" Loqman menghampiri Balqis.. Wajah Balqis yang jelas ketakutan dipandang.
Kemeja putih.. Seluar slack.. Spacky...
Mamat skema..?
************************************************
Whoa.. Nak dekat sebulan gak tak tulis cerita ni.. He.. Harap korang enjoy.. N thanks for support!! XD
Ref - InsyaAllah - Maher Zain (Awakening Records)
- Solusi - islamic magazine
- Revolution - Skaters magazine
- Versus - Hlovate (Jemari Seni Pub)
JUST SHARIN.... :-)


















